Sebaik sahaja Marcos menemui aku dan Ammar sebentar tadi, dia langsung tidak berganjak meninggalkan aku di sisi. Malam itu berjalan seperti biasa, masih meriah dengan kunjungan ramai tetamu. Namun hatiku tidak lagi tenang. Aku tak dapat berhenti daripada melilau mata dengan sebarang kemungkinan yang Ammar masih berada di sini.
"Are you okay Mia?" Ariana menyapa di sebelah. Aku cepat-cepat memandang wajahnya dan tersenyum kecil.
"Y-Yes! I'm fine." Balasku.
"Ari betul-betul terkejut bila nampak Ammar ada dekat di sini. I don't know that he's back. He's just unpredictable lately." Ariana menghembus nafas kesal dan memandang wajahku seolah bersalah dalam hal ini.
Aku terus mengenggam tangannya. "Look, it's okay. Mia okay je so dont feel like this is a problem or anything."
Dia senyum kecil dan mengangguk. "So you guys met. And talk? How was it?"
"Uhm tak ada apa-apa jadi. We just greet each other and that's it." Entah kenapa aku jadi enggan nak membahas tentang perbualan aku dengan Ammar sebentar tadi.
"And Marcos look tense." Ariana menunjuk ke arah Marcos yang berada tidak jauh dariku. Aku hanya mengangguk. "Yeah I don't know why."
"He's just worried about you. Ammar can be-you know, hard for you to handle." Ujar Ariana membuatkan aku tertawa kecil. "Speaking of him, there he is." Sambungnya.
Mataku mengikut ke arah Ariana memandang dan terlihat Ammar sedang tertawa sambil melayan kanak-kanak kecil mungkin anak kepada para tetamu yang hadir di hadapan live band yang sedang mendendangkan lagu rancak. Seorang anak lelaki berlari dan memeluk sebelah kakinya membuatkan jejaka itu duduk dengan sebelah lutut ke tanah dan berbual dengan anak kecil itu sambil tersenyum manis. Aku suka melihat senyumannya. Lesung pipitnya jelas kelihatan.
"He always good with kids." Ariana mencelah. "Wanna go there and entertain the kids too?"
Aku jadi terpinga-pinga mendengar ajakan Ariana. "Uhh uhm-I'm not sure.."
Ariana tersengih dan menarik lenganku. "Come on. You're gonna be fine." Langkahku terpaksa diatur apabila ditarik Ariana menuju ke arah jejaka itu. Dengan hati yang berdebar-debar, kami mendekatinya yang masih sibuk berbual mesra dengan anak kecil tadi.
"Am, you ni datang sini nak main dengan budak je. Dah lupa i ke?" Ariana menyapa membuatkan Ammar mengangkat wajah memandang ke arah kami. Dia senyum pada Ariana kemudian matanya hinggap ke wajahku.
"Well, I rasa you yang lupa I?" Dia mengusap kepala anak lelaki itu dan mendekati kami berdua. Aku yang seakan bersembunyi di belakang Ariana hanya curi pandang dia untuk beberapa tika.
"Mana ada I lupa. I always rang you up okay." Ariana membalas membuatkan Ammar senyum setuju. Matanya kemudian terarah kepadaku sekejap sebelum dia menunduk dengan senyuman kecil masih di bibir.
"So how is it? London?" Ariana bertanya pula dan aku hanya berdiri di situ berniat untuk mendengar sahaja perbualan mereka tanpa bicara.
Ammar mengangkat bahu. "London is quite..big." Jawapannya membuatkan aku tertawa kecil. Dia yang terdengar tawaku memandangku pantas dan tersenyum simpul.
"I mean, it's fantastic. I like it there actually. Nanti you ikut lah i pergi sana. Play tourist." Ammar menyambung. Entah kenapa setiap tutur bicaranya mesti disudahkan dengan pandangan matanya melekap kepadaku. Aku juga tidak boleh berhenti daripada memandangnya.
"Sure. Mia boleh ikut?" Ariana mencuit sisiku sebaik sahaja dia bertanya soalan itu kepada Ammar membuatkan aku tergamam. Ammar terdiam sebentar.
"If she like then yeah. Sure." Balasnya. Aku tunduk memandang kasut tumit tinggiku.

ANDA SEDANG MEMBACA
Painful Love
RomanceYou can break my heart in two but when it heals, it beats for you