Keluar daripada khemah, Marcos dan Khai sudah pun berada di luar dan mulakan sesi memasak.
Otakku berlegar ke arah lain dan tidak dapat fokus. Kenyataan yang dia sudah berada di sini dekat denganku menyebabkan dadaku berombak kencang. Rantai yang terdapat dileherku di genggam erat. I miss him.
"Kena marah kuat sangat ke?" Marcos membisik menyedarkanku. Aku senyum kecil dan menggeleng.
Khai masih lagi tidak puas hati dengan kejadian coklat tadi. Manakala Ariana senyap tanpa kata dan sesekali melihat ke arahku.
"This is delicious!" Khai menepik teruja sambil mengunyah. "Lagi sedap kalau orang tu share coklar bar dia tadi!" Sambung Khai dan mencebik.
"Tak sudah sudah lagi. Nanti aku belikanlah." Marcos membalas sambil menghulurkan aku pinggan yang diisi makanan.
Aku menerimanya. "Thanks."
Malam itu disi dengan keletah Khai yang membingitkan tapi seronok. Ariana sudah kembali ceria kerana tidak ingin merosakkan suasana.
Malam sudah larut dan masing-masing kembali ke khemah.
"Goodnight!!" Khai menamatkan malam itu dengan ucapan selamat malamnya yang kecoh.
__________________________
"I have to meet him." Bisikku di sebelah Ariana yang sudah baring.
"You can meet him tomorrow Mia. Go to sleep." Ariana memujuk.
"Okay." balasku lemah. Dadaku berombak kencang menyebabkan aku tidak boleh tidur. Aku bermain dengan rantai di leher sambil merenung. Ariana sudah pun terlelap. Sesekali aku menjenguknya yang nyenyak dan kembali baring ke sisinya.
"Hmmmmm."
Lama termenung sehingga aku tidak perasan bahawa pagi sudahpun menjelma. Jam di handphoneku menunjukkan 6:30 am. Aku bangun dari baringan dan duduk mengeluh.
Tiba-tiba aku terdengar sesuatu di luar. Seperti seseorang sedang bermain dengan nyalaan api di luar khemah. Perlahan-lahan, aku membuka zip khemah dan memaparkan Marcos yang sedang menambah kayu api bagi memarakkan nyalaan.
"Marcos." panggilku. Dia berpaling melalui bahunya.
"Are you awake because of me?" tanyanya. "Im sorry. I didnt mean to be loud."
"No no. Saya tak tidur pon." balasku.
Aku keluar dari khemah dan memakai selipar lalu mendekatinya.
"Tak tidur? Tak boleh tidur ke?" Marcos bertanya.
"Kinda ."Aku mencucuk-cucuk nyalaan itu dengan kayu tanpa memandangnya.
Masing-masing terdiam dan sibuk merenung nyalaan api yang membara dan menghangatkan.
Aku dan dia bangkit dan mula membasuh bekas-bekas yang diguna semalam. Membersihkan semua tempat memandangkan hari ini merupakan hari terakhir. Kemudian kami menyediakan sarapan pagi.
Jam menunjukkan 8:15 pagi. Ariana keluar dari khemah dan mendekati kami yang sedang memotong bahan-bahan untuk membuat sup cendawan.
"Good morning moron." Ariana berkata apabila melihat Khai keluar dari khemahnya dengan rambut berserabai dan muka mengantuk.
"Good morning idiot." balas Khai mengundang tawa aku dan Marcos.
"Good Morning mama papa.." Khai berkata kepada aku dan Marcos menyebabkan kami mengangkat kening.
Ariana bergerak ke tasik untuk mencuci muka diikuti Khai. Kemudian terdengarlah pertelingkahan mereka di sana. Sup cendawan bersama roti garlic sudah tersedia.
YOU ARE READING
Painful Love
RomanceYou can break my heart in two but when it heals, it beats for you