62th

141 18 1
                                    

Tanganku bergetar mencapai air minuman di lantai. Aku teguk dengan pantas dan mengesot laju ke hujung bilik ini sambil memeluk kedua kakiku. Pintu bilik ini dibuka luas mempamerkan susuk tubuh ibu yang masuk dan matanya melilau sehingga dia mendapatkanku.

"Poor child. This is what happens when you disobey your mother." Dia melangkah mendekati dengan bunyi tumit kasut tingginya yang bergema di seluruh bilik itu.

"Kenapa ibu boleh buat Mia macam ni? Ibu tak ada hati perut ke?" Bibirku menggigil sambil memeluk tubuhku yang ketakutan dan kesejukan. Aku memandang wanita itu dengan perih sekali namun memaksa diriku untuk tidak mengalirkan air mata.

"You will stay here until i get everything i ever wanted." Ibu mengambil tempat di katil bersebelahanku dan cuba mengelus rambutku yang jatuh di bahu namun aku cepat-cepat mengalih tubuh menjauhinya.

Senyuman sinis dihadiahkan kepadaku membuatkan aku jelak ingin memandangnya. "You wont get away from this." Aku enggan memandangnya dan terus memeluk kedua kakiku. Ibu masih dengan senyuman sinisnya. Dua lelaki asing yang menculikku semalam berdiri di hadapan bilik ini.

Sudah dua minggu aku di sini, hatiku masih berkecamuk kerana aku takut mereka bakal mengapa-apakan aku. Dengan pantas aku berkalih memandang ibuku dengan mata rayuanku.

"Ibu, please.. Mia takut dekat sini. Mia tak kenal mereka siapa d-dan merek boleh apa-apakan Mia nanti. No matter what, i'm your daughter ibu!" Aku memegang lengannya. Daguku dipegang kuat membuatkan air mataku gugur.

"Sebab tu aku cakap, dengar cakap aku kalau kau tak nak apa-apa jadi dekat kau." Ibu merenungku tajam. Aku menangis semahuku melihat pandangan matanya dan mengangguk. Dadaku seolah ditekan oleh batu yang tajam membuatkan aku tertunduk sebaik sahaja ibu melepaskan daguku dengan kasar.

"Watch her! Report to me immediately if anything happens." Suara ibu bergema di bilik ini dan melangkah pergi.

_____________________________________________

Ammar's POV

Kaca mataku ditanggalkan dengan kasar apabila mendengar tiada lagi khabar berita tentang Mia. Aku menghempas tanganku di stereng kereta beberapa kali sehingga telapak tanganku kesakitan namun tiada apa yang lebih menyakitkan daripada apa yang aku rasa sekarang.

Aku tahu ada sesuatu yang terjadi kepada Mia. Rambutku yang kusut dilarikan kasar dan dadaku senak dengan kerisauan yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Aku rasa macam nak mati. Aku tak mampu untuk bernafas dalam keadaan seperti ini.

Ariana muncul di pintu penumpang keretaku dan masuk ke dalam perut kereta. Hari ni merupakan hari dimana syarikat ibuku menyambut ulangtahun ke 30. Aku tidak mahu berada di majlis ini namun aku tidak dapat mengelak daripadanya. Aku harus berada di situ sebagai wakil ibuku agar Tuan Rikkard tahu yang aku masih ada kuasa di atas syarikat dan usahaku agar dia tidak memijak kepalaku menjadi sia-sia.

Namun, usaha yang aku pertarungkan selama ini oleh terkubur kerana kehilangan Mia. Aku tidak boleh berfikir, bertenang malah bernafas tanpa dia apatah lagi apabila aku tidak mengetahui keberadaannya.

"Ammar. Ive reached my father's security as well. We will not stop until we find her. Marc and Khai are doing the same. They are on roll today and will update everything to you tonight."

Aku memegang kedua sterengku tanpa memandangnya. Mataku terpejam rapat cuba menghadam kata-kata Ariana. Aku mencapai semula kaca mataku dan memakainya setelah mengurut dahiku yang dilanda migraine sejak kebelakangan ini.

"You looked like a mess. Fix your hair and tie Ammar. You have to be presentable tonight. For your mother." Ariana mengingatkan membuatkan aku tertawa sebelum mataku mulai kepanasan.

Painful LoveWhere stories live. Discover now