66th

145 4 2
                                    

Sudah dua minggu aku berada di wad ini. Aku yakin yang aku sudah semakin pulih namun lelaki dihadapanku ini masih enggan membenarkan aku keluar daripada hospital selagi dia belum yakin yang aku sudah sembuh. Aku rasa dia tidak akan yakin buat jangka masa yang panjang.

Ammar memandangku sekilas kemudian hujung bibirnya naik. Dia tahu bagaimana pandangan mataku kepadanya kini sambil dia menyuap bubur di mulutku.

"It's been two weeks. I am getting better." Ucapku terus terang dan lelaki itu diam sahaja sambil bermain dengan sudu ditangan.

Aku mengeluh kecil dan perasan pintu wadku dibuka. Tiga wajah yang cukup aku kenali pamer membuatkan aku tersenyum lebar. Ariana mendapatkanku dengan segara dan kami berpelukan.

"You look good." bisiknya sambil merenungku.

"I look better and feel better and cannot wait to get out of here." balasku sambil memandang Ammar sekilas. Marc dan Khai yang berdiri di hujung katil hanya tersenyum memandang.

"You guys dont believe me?" tanyaku melihatkan mereka terdiam. Ammar bangkit dan menuju ke dapur kecil milik wad ini dan meletakkan mangkuk buburku di sinki. Aku memerhati langkahnya sebelum memandang ke arah Marc dan Khai semula.

"Well you are getting better. Tapi keadaan sekeliling kau is not. Apparently your mom might get time and bail out. Your house is not safe." Khai bersuara.

Aku terdiam seribu bahasa. Ibu boleh terlepas? Macam mana? Sudah sah terbukti yang dia menculikku dan ditangkap.

"Money is power Mia." Marc berkata seolah mengerti raut wajahku. "You will be out but we are preparing for your accommodation and sorts."

"Mia pindah? Korang carikan Mia rumah ke? Or hotel?" Satu bilik pun sudah cukup untukku. Aku menguis hujung rambutku dan mulai terbaring di katil bersama Ariana di sisi.

"You are staying with me." Ammar bersuara. Aku bangkit daripada pembaringanku dan memandangnya. Lelaki itu merenungku lama.

"With you? Dekat mana?" Tanyaku cemas. Aku tidak pernah tinggal dengan sesiapa sebelum ini. Ibu masih di penjara dan aku yakin rumahku selamat sahaja buat sementara waktu.

"Can I just stay at my house?" Tanyaku dan Ammar memandangku tidak puas hati.

"I'm not letting you out my sight for any second Mia. I've prepared my place for you. It's the cottage that i brought you before. Remember? Every security is top notch and gated. You will be safe." Ammar mendekati dan aku memerhati setiap langkahnya. Tanganku diambil dan mata kami bersatu.

"Can you agree to this without debating with me? Please?" Ammar separuh merayu dan aku mengeluh kecil. Tanganku mengenggam tangannya kemas dan mengangguk membuatkan Ammar tersenyum.

"Kahwin je lah korang ni." Khai menyampuk membuatkan semua mata memandangnya. Lelaki itu mengangkat kening.

"Apa? Betul lah aku cakap." Khai menjawab.

___________________________________________

Ammar's POV

Aku melangkah keluar daripada perut kereta dan berlari mendapatkan pintu penumpang sebelum Mia sempat keluar . Gadis itu merenungku lama sebaik sahaja aku membuka pintu membuatkan aku tersenyum kecil.

Mia keluar daripada kereta sambil aku memegang tangannya. Gadis itu melihat ke rumah di balik jambatan kecil itu lama sebelum wajahnya naik memandangku.

"What is it?" Tanyaku.

"Feels like centuries since I've been here." Bisiknya dan aku mengangguk sahaja. Memori malam itu ingin sahaja aku buang jauh-jauh kerana tangisan kami pada malam itu seolah mampu mengisi tasik di hadapanku ini.

Painful LoveWhere stories live. Discover now