53th

282 24 3
                                    

Ammar's POV

Aku membuka pintu dan mendengar gelak tawa mereka berdua. Mataku hinggap ke tubuh Mia yang sedang duduk bersebelahan dengan ibuku sambil tersenyum lebar. Rambutnya ikal mayangnya jatuh ke kedua bahu apabila dia melepaskan tawa. Aku menguntum senyuman di hujung bibir memandangnya.

"Mother, it's already 10:30. You better get some sleep." Aku masuk ke dalam bilik itu membuatkan kedua wanita itu memandangku. Mata Mia hinggap ke wajahku dan tawanya terhenti.

Ibu mengeluh kecil. "I've been sleeping for 2 weeks already. My eyes are even tired to close it off again."

Aku memandang ibuku tegas kerana kurang gemar dengan maksud tidur yang dia terangkan. "Not that kind of sleep mother. You need rest." Ucapku.

Ibu hanya tertawa kecil dan mengangguk faham. Mia menggenggam tangan ibuku dan menepuknya perlahan. "Get some rest okay aunty? Nanti Mia datang lagi."

"Promise?" Tanya ibuku membuatkan Mia tersenyum.

"Yes. I promise."

Mia berdiri di belakangku sementara aku memulakan rutin biasaku apabila waktu tidur ibu tiba. Aku membetulkan kedudukan bantalnya dan memeriksa mesin respirator di sisinya. Aku memastikan meja terletaknya air, ubat-ubatan dan segala keperluannya berada dekat untuk dia capai. Aku merendahkan lampu menggunakan remote dan menunggu dia melelapkan mata. Aku tahu dia memang sudah mengantuk. Ibu memandangku dengan senyuman lembutnya dan aku membalas sebelum dia menutup mata.

Selesai dengan rutinku, aku berpaling dan melihat Mia memandangku seolah daripada tadi matanya tidak berkelip. Gadis itu membetulkan rambutnya dan memberiku senyuman.

"Are you hungry?" Tanyaku. Mia berfikir sejenak kemudian mengangguk kecil. Aku mengambil jaketku di kerusi ruang tamu. Mataku jatuh ke arah tangannya yang masih berbalut dan aku jadi panik semula.

"Oh my god, your ointment. I totally forgot about it. You're supposed to apply it immediately after one hour in a wrap." Aku mencapai beg kertas berisi aloe vera dan cream sejuk di meja di mana aku meletakkannya tadi sebaik sahaja kami sampai. Mia melihat ke arah tangannya dan memeriksanya tanpa suara.

"Come here." Panggilku dan menunjuk ke sebelahku di sofa. Mia mula mendekati dan melabuh duduk manakala aku mula membuka tiub salap itu dan membaca arahan pada belakangnya. Tangan Mia dicapai dan aku letakkan di pehaku. Perlahan-lahan aku membuka balutan plastik di tangannya sambil mataku sesekala naik memeriksa riak wajahnya. Ingin memastikan sama ada dia sakit atau tidak.

Gadis itu hanya tunduk sambil memandang tangannya. Aku mencuit ubat itu dan disapu ke kulitnya dengan lembut. Bibirku dikemam apabila melihat kulitnya yang memerah kesan air panas. Seolah aku yang sakit melihatnya. Aku mengeluh kecil sambil terusan menyapu ubat itu dengan berhati-hati.

"Did it hurt?" Bisikku.

"No." Jawabnya turut berbisik.

Aku menutup tiub itu dan meniup tangannya. Tangannya di pehaku terasa panas lalu aku mengambilnya dengan tanganku. "Dont forget to apply it tomorrow, okay?"

Mia mengangguk. Aku meneliti wajahnya yang kosong tanpa sebarang alat solek. Wajahnya sedikit pucat namun tetap cantik di mataku. Jariku tanpa sedar membelai belakang tangannya membuatkan Mia terhenjut kecil memandangku.

"Let's go to the cafeteria." Ucapku lalu bingkas bangkit daripada duduk.

____________________________________________

Mia mengambil tempat di hadapanku setelah aku selesai memesan makanan untuknya. Hanya salad ayam sahaja yang tersedia kerana hari sudahpun lewat malam. Sebaik sahaja salad itu sampai, aku menolak ke arahnya perlahan dan mencapai garfu untuknya.

Aku menyisip kopi hitamku dengan perlahan sambil memerhati gadis itu mengunyah saladnya tanpa suara. Aku selalu tertanya-tanya apa yang berada di fikirannya. Dia merupakan gadis paling susah untuk aku baca sama ada semasa aku memilikinya ataupun tidak. Apa yang aku kurang gemar tentang dia ialah betapa mudahnya dia untuk meletakkan dirinya di belakang hanya untuk membahagiakan orang lain. Tahukah dia yang apabila dia tidak bahagia, masakan orang lain boleh bahagia? Aku memejam mata memikirkan persoalan yang sudah berjuta kali bermain di mindaku. Kerana gadis ini.

Sejak sekolah, dia bersikap begini. Dia malah ingin melepaskanku kerana dapat tahu yang Ariana menyukaiku sejak kecil. Ingin meninggalkanku kerana aku enggan melanjutkan pelajaran ke luar negara, ingin meninggalkan aku kerana aku ingin bersamanya. Dia selalu membuat keputusan untuk mengutamakan keinginan orang lain. Sehinggakan aku rasa yang mungkin dia memang tidak mahukan aku. Kadang-kadang aku sangat marah dengan sikapnya sehingga aku berasa ingin berdendam terhadapnya.

Aku merenung wajah gadis itu dalam. Mataku dalam dan tajam memandangnya. Mataku mencerminkan beribu soalan dan permintaan.

Do you even want me?

What's in your mind?

Why are you so damn difficult?

Talk to me.

I dont know what to do without you.

What am I to you?

"Why are you looking at me like that?" Soalannya menyentakku kembali ke realiti. Aku berdehem dan menolak rambutku sekilas menyembunyikan perasaanku.

"I just want to see whether you like the salad or not."

Mia tunduk semula memandang saladnya dan mengangguk. "It's good. I like the chicken the most of course." Katanya dan tertawa kecil.

Hujung bibirku naik mendengar kata-katanya. Aku mengenggam cawan kertas dengan kedua telapak tanganku. "How is it? Meeting my mother?"

Mia berhenti mengunyah dan memberiku senyuman dengan matanya yang seolah bersinar. "She's an angel. We talk about a lot of things. She told me that she really want to eat nasi ayam so bad. I guess I can cook it for her." Dia berkata teruja sambil mengunyah perlahan. Aku merenungnya lembut.

"Yeah, your cooking is amazing. You always prepare me breakfast whenever I came to pick you up for school. But your baking is on another level though. I think the cookie-"

Bicaraku terbantut apabila melihat riak wajah Mia memandangku. Seolah dia tergamam dan bibir separa terbuka mendengar bicaraku. Aku mengangkat kening melihat wajahnya.

"You remembered?" Tanyanya perlahan. Mata bundarnya membuatkan jantungku berasak dengan debaran. Aku tunduk untuk menutup debaranku daripada ketara lalu menguis saladnya sambil tertunduk.

"How could I forgot?" Ucapku sambil mengangkat bahu. Hujung bibirku naik lagi apabila mendengar soalan tidak masuk akalnya. Macam mana aku boleh lupa. Aku ingat semua tentang dirinya.

"Incase you want to cook, just send me the list of ingredients you need. I'll order it to your hotel." Sambungku dan mataku naik memandang wajahnya.

Gadis itu seolah tidak henti merenungku daripada tadi. Aku tertanya-tanya apa yang bermain di fikirannya. Aku hampir mengeluh mendengar soalan itu kerana itulah apa yang selalu aku fikirkan apabila bersamanya. Tiba-tiba Mia menguntum senyuman dengan mulut penuhnya membuatkan aku termangu.

Damn it. So beautiful.

"I'll text you the deets." Ucapnya teruja membuatkan aku pula tersenyum.

Painful LoveWhere stories live. Discover now