"Its not working!" Ariana mengeluh kuat. Tangannya masih cuba untuk membuka dapur gas namun gagal. Aku yang memerhati menggeleng dalam senyuman.
"Mula-mula tekan dulu baru pusing. Macam ni.." Aku menunjukkan cara yang betul. "Kalau tak tekan memang lah tak boleh."
Arian tersengih malu dan menggangguk.
"Okayy. Saya nak naik atas dulu. Go on. Tumis bawang dengan cili boh tu sampai pecah minyak lepastu baru masukkan santan. Okay?" Aku berpesan.
"Baik bos." Ariana tersenyum sambil tangannya sibuk mencincang bawang putih. Aku melangkah ke tingkat atas untuk menukar pakaian.
Sambil mengelap wajah dengan tuala, nada dering handphone berbunyi. Aku menoleh ke arah Iphone Ariana yang terletak di meja lampu sebelah katilku. Aku mencapai dan terus menjawabnya. Tidak mahu konsentrasi Ariana yang sedang memasak di bawah terganggu. Dari tadi ada sahaja yang tidak betul baginya. Ariana memang seorang perfectionist.
"Hello?" Aku bersuara sambil mengelap leherku dengan tuala.
"Hello." Satu suara yang familiar kedengaran. Serta-merta nafasku menjadi tidak teratur.
"Ariana kat mana?" Suara itu bertanya. Seolah-olah dia sudah tahu bahawa aku yang menjawab panggilan ini.
"Ari dekat rumah saya. Belajar masak." Aku menjawab tenang. Kata-kataku tidak dibalas. Lama kami terdiam hanya ditemani nafas masing-masing. Nafasnya kedengaran halus di telingaku.
"Emm. Tell her I'll pick her up by 8." Dengan itu panggilan di matikan. Rasa terkilan terbit di hatiku. Nampaknya memang betul aku dan Ammar berakhir macam ni.
Bukan tu ke yang kau nak? Suara hatiku memerli.
Aku meletakkan Iphone itu ke tempat asalnya dan meraup wajah. "Ya. Memang ni yang aku nak. Dan ini yang aku peroleh." Aku mengangguk dan menyeka air mata yang hampir menitis di hujung mata. Mungkin kisah aku dan dia agak tidak menentu dan berlaku secara drastik. Namun terselit juga peristiwa di mana hati aku pernah rasa bahagia. Sekurang-kurangnya aku ada sesuatu untuk dikenang.
Melangkah turun ke tingkat bawah, aku memberitahu tentang panggilan Ammar sebentar tadi dan Ariana tersenyum gembira. Aku juga kenalah rasa gembira.
*****************
"I think his here." Ariana berkata. Aku dan dia sedang lepak di ruang tamu sambil menikmati aiskrim. Pantas Ariana mencapai tas tangannya dan mencium kedua pipiku.
"Thanks for today..and everything." Dia berkata.
"Nahh. Ive done nothing." Mengiringinya ke luar, Ammar sedang menongkat lengannya di bumbung kereta sambil memandang ke arah kami. Pandangannya nampak kosong dan dingin.
Aku menapak di pintu pagar dan melambai ke arah Ariana yang sedang mendekati BMW Ammar.
"How come tiba-tiba nak jemput I ni? Selalu kalau suruh ambik, mesti banyak je alasan. Sakit perut lah apa lah." Ariana memerli dalam senyuman.
Ammar menjeling ke arahku dan terhenti ke Ariana. "We are going for a date today." Ammar membalas.
"Really?!" Ariana menepik teruja. Dia menoleh ke arahku dan menekup mulutnya. Aku mengangguk dan tersenyum pahit. Harapnya tidak dikesan oleh mereka berdua.
"Kat mana? Kita nak pergi mana?" Ariana bertanya tak sabar menyebabkan Ammar tertawa kecil. Aku seperti tunggul di pintu pagar ini. Dia nak keluar bersama Ammar malam ni. Perasaanku bercampur baur.
"Its a secret princess. Get in." Ammar bersuara. Gadis itu mengangguk laju dan melambai ke arahku sebelum masuk ke dalam perut kereta.
"Bye Mia. Love you."
![](https://img.wattpad.com/cover/89723731-288-k763997.jpg)
YOU ARE READING
Painful Love
RomanceYou can break my heart in two but when it heals, it beats for you