21th

677 41 7
                                    

"Sedapnya suara dia tu kan?"

"Kalaulah dia pakwe aku!!"

"Tadi rasa macam dia nyanyikan dekat seseorang je."

"Sedihhhh nyaaaa."

Kepalaku dipicit dengan hujung jari sambil menunduk. Luqman berdiri di sebelah sementara aku duduk di mencangkung di sisinya.

"Are you okay ?" Luqman tunduk memandang.

"Im fine." Balasku pantas lalu berdiri. Namun tiba-tiba tubuhku menjadi lemah dan sempat ditangkap Luqman.

Kekecohan kerumun menerpa telingaku namun aku mengendahkannya.

"I got her." tutur Luqman tiba-tiba. Aku mengangkat wajahku dan Ammar yang berdiri dengan reaksi risau muncul.

"Is she okay?" Ammar ingin mendekati namun Luqman menarik aku kebelakangnya.

"Shes fine dude.." Luqman berkata. Dahi Ammar berkerut tanda tidak puas hati dan melepaskan nafas berat.

Aku mengumpal baju Luqman dibelakang sambil memejam-memejamkan mata.

Migraine.

"Shes not." Pantas Ammar menjawab. Dia cuba menarik gadis itu dari Luqman namun dihalang.

"Oh hell Edward Cullen.. If shes not fine. Its you who should take the blame on. Let her go.." Luqman menggeleng kepala.

"Tak payah masuk campur urusan aku dengan dia." bidas Ammar.

Gadis itu mendengus kecil apabila perasan perbalahan yang mungkin akan berlaku antara mereka. Ni yang aku tak suka ni..

"Im fine! Take me home Luq." tegasku sebelum bergerak pergi dari situ namun tubuhku ditarik seseorang dimana bawah lututku diangkat dan belakang badanku dirangkul.

"Hey!!" pantas tanganku merangkul leher itu supaya tidak jatuh. Wajah Ammar disitu mengejutkanku.

"Ammar. Let me go.." balasku lemah.

Lelaki itu menggigit bibir bawahnya dan menggeleng. "Im taking you home."

Dia menyambut kunci kereta yang dilempar Malik lalu pantas membetulkan tubuhku di dalam dakapannya. Pelajar yang lalu lalang terhenti memerhatikan situasi kami menyebabkan aku menyembunyikan wajahku di bahunya.

"I hate this.." bisikku.

"I know." Balasnya.

Dia membuka pintu kereta dan meletakkan aku di sebelah tempat pemandu. Tali pinggang ditarik dan dipasang. Wajahnya rapat sekali denganku menyebabkan hembusan nafasnya menyapa pipiku.

Mata kami bertembung sebelum aku pantas mematikannya. Harumannya yang familiar mengisi ruangku. Dia berundur dan menutup pintu kereta itu perlahan.

Aku melihat Luqman di luar. Wajahnya tidak dapat ku baca tapi aku yakin dia juga tidak senang dengan tindakan Ammar.

Sebaik sahaja pintu pemandu dibuka, aku mengalih mata ke tingkap di sisi dan menggigit ibu jariku.

Ammar memulakan enjin kereta dan pantas membelok keluar dari situ. Perjalanan kami hanya ditemani bunyi dari penghawa dingin dan nafas masing-masing.

"Have you eaten?" Ammar bertanya tanpa memandangnya. Sebelah tangannya di stereng kereta manakala sebelah lagi dibibirnya.

Aku mengerlingnya sekilas dan menghembus nafas perlahan. "Dah."

"Okay. Aku belum lagi. Jadi teman aku."

"T-tapi-"

"No other words Mia."

Painful LoveWhere stories live. Discover now