13th

685 39 4
                                    

"Stop it will you?" Aku menepis tangan Ammar yang sibuk mengusik telingaku. Apa punya tabiat lah Ammar ni.

"Telinga kau ni comel sangat. Tengok tu dah merah dah. Keh keh." Ammar menciut telingaku lagi dan berlari ke depan menjauhiku.

"Jangan lah lari!" Aku mengejarnya yang sudah terlebih dahulu dihadapanku.

Ammar yang sedang berlari secara berundur tersenyum melihat muka tak puas hatiku. Aku sudah berura-ura untuk mendapatkannya terhenti.Mataku tertancap pada figura di belakang Ammar.

Ammar berpaling.

"Ariana." Panggilnya. Ariana memandangku kemudian ke arahnya.

Senyuman kecil meniti di bibir gadis itu lalu mendekati Ammar. Perasaan bersalah dan tidak selesa menghurungku.

"Korang nak pergi mana?" Ariana bertanya. Ammar memandangku lalu menyuruh aku mendekati.

"Tak ke mana pun. Vacant hours sekarang. You tak ada kelas?" Ammar membawa tanganku ke belakangnya dan menggenggam erat. Lorong yang menempatkan kesemua loker pelajar itu menjadi sunyi.

"I pun vacant hours. I nak join sekali boleh? Boleh tak Mia?" Mata Ariana terhenti kepadaku. Pantas aku mengangguk dan senyum nipis.

"Ive been wondering. Ammar, bila kita nak pergi Cameron Highlands lagi? Lama kita berdua tak pergi sana. Dulu-dulu tempat tu dah macam playground kita dah." Ariana berkata sambil kami bertiga berjalan menyusuri lorong itu.

Ammar melepaskan tawa. "Kan. Dah lama kita tak pergi."

Aku mendengar perbualan mereka dengan senyap. Tak mahu menjampuk. Kang tak kena pulak.

"Kita boleh ajak Mia sekali. Kan?" Ammar memandang wajahku. Mula-mula tersenyum namun senyuman itu mati apabila melihat wajahku.

Menyedari riak wajahnya yang risau, aku mengukir senyuman dan mengangguk. Kemudian lelaki itu membalas senyumanku.

"Hmm. Haah kan. Mestilah kena ajak Mia." Ariana bersuara. Apabila mata kami bertembung aku dapat lihat sedikit kedinginan terpancar di mata gadis itu.

"How about we sit here." Ammar mengangguk ke arah bangku panjang di taman air di sekolah.

Oh tuhan kenapalah aku rasa awkward sangat ni?

"I'll go get some drinks." Ammar mengerling ke arahku kemudian meningalkan kami berdua.

"Soo..its you. The one and only girl who stole Ammar's heart?" Ariana tiba-tiba bersuara.

"Ariana. Saya mintak maa-"

"Shush shush." Ariana mengangkat jari telunjuknya. Tergamam aku di situ.

"You know what , ive never met someone like you. Ever. You have this bitchy attitude that - well i dont know.. the worst ever? You pura-pura baik, pura-pura innocent. Tapi nak tahu tak.. dalam hati you tu macam ada loji sampah. Banyak lalat." Ariana berkata kejam. Pandangan sinisnya dilontarkan kepadaku.

Mataku kini sudah berkaca-kaca. Aku mengerdipnya beberapa menahan ia daripada gugur ke pipi.

"Arianna. Saya tak ada niat pun nak tipu awak. Saya memang buntu masa tu. Saya tak tahu nak buat apa." Aku berkata dalam tangisan yang hampir keluar.

"Huh. You tak tahu nak buat apa? Sebab apa? Sebab you kesiankan I?" Ariana ketawa sarkastik.

"I ni bukan kaki pendendam. Mulut kurang ajar. I have my best attitude. Tapi bila dengan orang yang dah tipu I. I will be in my worsts. Ok fine Ammar cintakan you. Tapi you tu.. betul ke cintakan dia? I dengar-dengar cerita. You ni perempuan murahan kat sini. Betul ke?" Wajahnya diangkat seolah-olah memandangku jijik.Sungguh aku kecewa. Hati aku berkecai.

"S-sampai hati awak-"

"Kalau you tak cintakan dia. Baik you blah je lah. Tak payah nak berpura-pura lagi kat sini. Jangan nak mainkan perasaan Ammar. Jangan buat I makin benci dan meluat tengok muka you tu." Sekali lagi Ariana melontarkan kata-kata kejam kepadaku. Aku tidak mahu membalasnya. Aku redha mungkin ini lah akibatnya. Tapi bila dia label kan diri aku sebegitu. Rasa pedih dan senak mencengkam perasaanku.

"Mia. Esok kita shopping nak tak? Dah lama kita berdua tak shopping selalu. Kan?" Tiba-tiba Arianna mengenggam tanganku. Aku mengangkat wajah dan melihat dia tersenyum manis. Kemudian mataku menangkap pula Ammar yang sudahpun tiba dengan tiga tin air ditangannya.

Dia menghulurkan satu demi satu tanpa suara. Aku perasan yang dia sedang membaca riak wajahku. Pantas aku selindung perasaanku dengan senyuman.

"Okay. Boleh je. Anytime."

***********
"Okay tak ni?" Ammar memandangku kemudian fokus dengan pemanduannya. Sejak perbualan aku dengan Ariana tadi, memang aku hanya mendiamkan diri. Rupanya Arianna tidak maafkan aku. Dia hanya berpura-pura kerana Ammar.

"Hey. Okay tak?" Ammar mengambil tangan di pehaku lalu meramasnya. Aku memandangnya dan mengangguk. Ammar tidak melepaskan genggamannya. Entah kenapa, aku rasa sentuhannya menghangatkan dan memujuk diriku agar bertenang.

"Ada apa-apa jadi dengan Arianna?" Dia bertanya.

"Tak ada apa-apa pun. Next week kitaorang nak shopping sekali." Balasku kaku. Memandang ke arah tingkap di sisi, aku mengeluh perlahan.

"Kita makan dulu nak?"

Aku mengangguk sahaja. "Okay."

*********
Ammar menghantarku pulang selepas kami makan bersama di The Chili's. Aku membuka tali pinggang dan memandangnya.

"Thanks." Ucapku ikhlas. Ammar memegang tepi wajahku dan mengangguk.

"Senyum lah sikit. Dari tadi lagi masam je. Kita tanya kata okay okay. Kenapa? Aku ada buat salah ke? Kalau ada aku mintak maaf sesangat. Aku tak ada niat pun nak buat kau terasa hati kalau aku menyakat ke apa-"

Aku memotong percakapan dengan merangkul lehernya. Lama aku di situ mencium wangian coklat dan vanillanya.

"Awak tak buat salah pun. Awak tak pernah buat salah dekat saya. Saya je banyak sakitkan hati awak. Sorry okay?" Tuturku di lehernya.

"Okay. Kalau macam tu senyum lah bila dengan aku. You make me nervous with that expression." Bisiknya di bahuku.

Aku melepaskan pelukan kami dan tersenyum manis.

"You find me intimidating?" Aku bertanya dengan sebelah keningku terangkat.

"Well- most of the time yeah." Ammar berkata perlahan. Lepas ketawaku di situ. Pipinya dipegang lembut. "Jangan tipu boleh?" Keningku dikerutkan dalam senyuman.

Ammar menggeleng laju. "Tak tipu pun."

Aku tertawa kecil dan menggeleng. "Okay lah. Bye. Saya masuk dulu eh?"

"No bye Mia. See you. I hate that word." Ammar berkata serius.

"Oh okayy. See you." Aku keluar dari perut kereta dan membongkok sedikit memandangnya.

"See you love." Tutur Ammar.

***********;

Hmmmmmm.comment lah sikit. Apa lah.

Painful LoveWhere stories live. Discover now