18th

598 36 0
                                    

Aku menarik hoodie ke kepala dan memasang earphone di kedua telinga.
Aku melalui lorong yang menempatkan loker-loker pelajar. Tanpa sebarang amaran tubuhku di tolak ke salah satu loker menyebabkan aku menjerit.

"Shush shush shush. We dont want Ammar to hear you right?" Kamal meletakkan jarinya di bibirku dengan senyuman di hujung bibirnya.

"Kau buat apa ni? Lepaslah." aku menarik tanganku yang digenggamnya. Namun dia enggan berganjak. Pelajar yang lalu di situ tertawa kecil melihat tingkah Kamal terhadapku dan ada juga yang beriak simpati tetapi tidak boleh berbuat apa-apa.

"Sejak kau dengan Ammar ni.. kau jadi senyap je. Tak buat kerja dulu ke?" Kamal berkata sambil merenung tubuhku atas bawah. Aku mendengus kasar dan cuba menolaknya yang rapat dengan tubuhku.

"Aku tak buat kerja bodoh tu la!" Tepikku. Kamal tertawa sambil menggeleng. Dia menarik hoodie ke bawah dengan kasar. "Tak payah nak berdalih la perempuan murah."

Dengan sekelip mata tubuh Kamal ditendang menyebabkan dia jatuh dari tepi dan meraung sakit.

"Bangang!! Kau sentuh dia?!!" Serta merta wajah Kamal menerima tumbukan berkali-kali.

Aku berdiri di loker itu dengan kedua tangan menggigil. Nafasku menjadi tidak teratur. Mataku membesar melihat Kamal dibelasah tanpa henti.

Aku melihat keadaan sekeliling dan semua wajah nampak cuak dan ada yang menjeling aku dan berbisik-bisik. Dunia umpama dalam keadaan slow motion menyebabkan aku menumbuk-numbuk dadaku menahan sesak nafas.

Aku melihat Luqman mendekatiku dengan riak risau. Mataku pula berpaling kepada Ammar yang sedang mengerjakan Kamal.

"A-Amm..." panggilku dalam sedu. Dan dunia kembali kepada asal dengan riuh rendah pelajar menerjah pendengaranku. Ammar memberhentikan tangannya daripada menumbuk Kamal dan memandangku. Wajahnya memerah dan nafasnya turun naik.

Serta-merta air mataku mengalir laju namun aku biarkan sahaja. Luqman yang berada di sisiku terdiam.

"Shes crying!!" Ammar menendang tubuh Kamal yang tidak mampu lagi untuk melawan.

"Let him be." tuturku perlahan menyebabkan semua pelajar diam. Ammar memandangku tidak percaya.

Tanganku yang masih di dada menumbuk perlahan.

"Perempuan kau tu perempuan murahan. S-satu sekolah tahu." Kamal yang sudah tersandar di loker berkata sambil tersenyum sinis.

"What?!! Fuck!" Ammar kembali membelasahnya tanpa henti dan akhirnya tangisan yang aku tahan mencurah.

"S-stop. I cant breath." bisikku perlahan. Suasana yang kecoh menyebabkan tiada siapa mendengarku.

Luqman mendekatiku dan menarik semula hoodie ke kepalaku dan memasang kedua earphone di telingaku menghalang aku daripada mendengar kekecohan yang berlaku.

Dia menarik Ammar. "Stop it. You make a girl cry."

Ammar berhenti dan meramas rambutnya kasar. Dia mendapatkanku dan merangkul pinggangku.

"Shush shush. Im sorry im sorry." bisik Ammar. Dia merehatkan aku di dadanya dan aku menangis semahunya sambil mendengar lagu yang dipasang di telingaku. Tidak peduli lagi dengan keadaan sekeliling.

"Everyone leave!!" Tepik Ammar. Dia mengangguk ke arah gengnya mengarahkan mereka menyelesaikan Kamal.

"Im here babe." kata Ammar sambil mengusap lenganku perlahan.

__________________________

Air diteguk perlahan namun fikiranku melayang entah ke mana. Aku mengemam bibir bawahku dan menggeleng perlahan cuba melupakan kejadian sebentar tadi.

Painful LoveWhere stories live. Discover now