Terpanar mataku melihat segala bahan dapur di atas meja. Sebaik sahaja aku bangkit daripada tidurku dan ingin menuju ke bilik mandi, bertimbun beg kertas berisi barang masakan tersusun di atas meja.
Aku menoleh ke arah pintu bilik hotelku yang dibuka dan kelibat Ammar melangkah masuk sampai memeluk beberapa beg kertas di tangannya. Pejam celik pejam celik mataku meneliti gerak tubuhnya.
"Hello?" Ujarku dan mengekorinya ke dapur. Lelaki itu meletakkan beg kertas di meja dan memandangku.
"Hai. You're awake. Are you hungry? I can make some mushroom egg." Balasnya dan mula meletakkan bahan basah ke dalam sinki. Jariku menilik segala barang dapur di meja itu dengan bingung.
Ammar menoleh sekejap memandangku kemudian kembali fokus ke sinki. "I figured you would want to cook since we are about to stay here for a little while. Nanti bosan lah kan asyik order food." Ujarnya.
Aku mula tersenyum kecil dan mengeluarkan segala isi perut beg kertas di meja itu. Ammar membeli segala bahan yang sepatutnya walaupun ada sesetengah yang aku kurang kenali disebabkan ianya bukan produk daripada Malaysia. Aku menilik botol-botol rempah dan tidak perasan yang Ammar sudahpun menghadap dan memerhati tindak tandukku tanpa suara.
"I'm about to have a feast here then." Ucapku dan tertawa kecil. "Oh! I can cook nasi ayam for your mother too." Wajahku jelas teruja.
Lelaki itu mengangguk dan memberi senyuman kecil. "Let me know if you need anything else. I just grab things that I think necessary. All types of fish and seafood is also there in the fridge."
"This is good enough. Cukup lengkap. Nanti Mia double check balik. Thank you Am." Aku meletakkan botol rempah di atas meja dan tanganku automatik menyentuh tangannya.
Lelaki itu menunduk memandang tanganku. Aku sudah tergamam. Sebaik sahaja aku terfikir yang dia bakal menepis, Ammar mengambil tanganku dan mengenggamnya sekilas kemudian dilepaskan.
"Your welcome." Bisiknya lalu merenung wajahku. Aku mengukir senyuman nipis dan menghela nafas lega.
"I'm gonna take a shower. Kejap lagi Am nak balik hospital?" Tanyaku dan mengikat rambutku dalam bentuk bun sambil memandangnya.
"Yes. Call me if you need anything." Ucapnya dan aku mengangguk. Aku mengatur langkah ke bilik mandi.
_______________________________________
Aku melangkah ringan ke wad milik ibu Ammar bersama bekal nasi ayam yang dimasak olehku pagi tadi. Senyuman diberikan kepada pesakit lelaki yg aku agak berumur 60an itu apabila dia melintasiku.
Sebaik sahaja aku hampir tiba di wad ibu Ammar, seorang jururawat baru sahaja keluar melalui pintu dan mengangguk kearahku dengan senyuman.
Bahuku ingin menolak pintu itu namun terhenti apabila mendengar suara Ammar bersama ibunya yang seolah sedang berbicara dengan serius.
"She still lives with your dad? I never met such a braven and egotistical human being. They're not even married." Suara ibu Ammar yang kelam kedengaran.
"I want to know happened to you last week Mom. You were fine and suddenly, you got in a shock almost an heart attack. What did she told you?" Ammar pula berbicara.
Aku mengemam bawah bibir dan terpaku di situ. Aku tidak mahu mereka perasan kewujudanku di sini. Dadaku berombak kencang.
"She just used her threatening skills like always. But when it involved you, my heart can't stop worrying sick. She told me that she can ruin my son at the tip of her hand."
Ammar terdiam seketika.
"You know that was just an empty threat, right mom? I am more than capable of taking care of myself." Ammar bersuara tenang.
YOU ARE READING
Painful Love
RomanceYou can break my heart in two but when it heals, it beats for you