67th

111 7 3
                                    

Aku menutup mulut sambil menguap sebaik sahaja aku keluar daripada bilik untuk ke dapur. Jam sudah berada di waktu 7 pagi dan aku membuat keputusan untuk menyediakan sarapan. Ammar masih di biliknya jadi aku memastikan langkahku lebih berhati-hati dan senyap.

Roti bakar, omelette dan apple sausages aku sediakan di pinggan untuk Ammar dan juga aku. Jus oren yang segar diperah olehku tadi diletakkan di sisi dan aku tersenyum melihat hasilnya di meja. Langsir di ruang tamu diselak dan cahaya matahari menerangi keseluruhan ruang bersama tasik sebagai pemandangan.

Pintu bilik Ammar dibuka dan lelaki itu keluar bersama tuala di kepala. Tangannya mengering rambut sambil matanya melilau sehingga tertancap kepadaku.

"Good morning." ucapku sambil bersandar di piano miliknya. Aku sedang menikmati pemandangan selepas selesai di dapur. Ammar tersenyum dan mendapatkanku. Tangannya melingkar di bahuku dan tubuhku ditarik dalam pelukan sisinya.

"How's your sleep?" tanyanya sambil mengucup rambutku. Tanganku membalas pelukan di pinggangnya dan aku mengangguk kecil.

"The best I ever had." Balasku dan lelaki itu mengusap rambutku. Aku mengangkat wajah lalu memandangnya. Wajah kacaknya ditatap lama dan aku perasan yang dia sudah mencukur jambang nipis di dagunya. Tanganku dilarikan ke rambutnya yang lembap.

"I prepared breakfast." Kataku sambil melihat Ammar mengambil tanganku di bahunya dan menggenggamnya kemas. Tubuhku ditarik lagi dalam pelukan dan Ammar bergerak ke kiri dan kanan seolah kami sedang berdansa membuatkan aku tertawa. Ammar tersenyum mendengar tawaku.

Kami bersarapan bersama dengan tenang. Aku menyisip jus sambil memerhatinya menikmati omelette yang aku sediakan. Apabila mata kami bersatu, lelaki itu mengereng kepala sambil tersenyum.

"Nak suap?" Tanyanya membuatkan aku tergamam dan menggeleng. Ammar tersenyum dan menggeleng pula.

"Why are you so shy?" Ucapnya dan tertawa membuatkan wajahku memerah.

"A-Am lah selalu usik Mia! Tanya pula." Balasku geram. Lelaki itu tertawa dan memandangku tidak percaya.

"Babe, we've been together for how long now? I will always tease you and feed you and kiss you and maybe soon, marry you-"

Aku menutup wajahku dengan telapak tangan dan menunduk sambil menggeleng kepala. "Ammar!" Jeritku dan tawa lelaki itu kuat kedengaran.

"Why? Haih you're just so unbelievably cute." Katanya. Aku memandangnya melalui jari jemariku dan Ammar sedang tersenyum sambil mengunyah sarapannya.

"You've been teasing me since yesterday. Mia ni jantung lemah tau." Kataku dan lelaki itu mulai memandangku panik.

"Are you okay? What's wrong with your heart? Do you need your medicine?" Ammar memberi seribu pertanyaan dan aku meletakkan garfuku lalu menekup mulutnya dengan telapak tanganku. Mata lelaki itu bingung di balik tanganku.

"Bukan masalah jantung itu! Maksud Mia, jantung yang tak boleh berhenti berdegup laju lah boleh meletup tau bila Am cakap pasal kahwin lah anak lah." Terangku dan mata lelaki itu berubah redup sambil tanganku masih di bibirnya.

"Mmia thaknaak khahwin degnhfsn Ammhm khe?" Ammar berkata di balik tanganku dan suaranya tidak jelas membuatkan aku melepaskan tanganku. Ammar menyentuh bibirnya dan memberi senyumannya yang mampu membuatkan aku jatuh daripada kerusi ini.

"Cakap apa tak faham." Tanyaku kalut dan bangkit membawa pingganku ke sinki. Aku tahu lelaki itu mengekoriku di belakang. Ammar meletakkan pinggan sambil tubuhnya melekat di belakangku. Rambutku ditolak di leher dan bulu romaku naik. Aku terpinga-pinga membasuh pinggan apabila Ammar beriak sebegini.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 28 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Painful LoveWhere stories live. Discover now