Seventh

863 37 2
                                    

Tak tahu kenapa hari ini aku dah buang tebiat. Aku nak jumpa Ammar. Bukan akulah tapi hati aku. Jap. Aku lah tu. Aduhhh.

Kakiku berjalan seperti lipas kudung semasa melintasi kelasnya. Hujung mataku mengintip keberadaannya di kelas yang hingar bingar di sisiku.

Mana?

Tak ada pun.

Langkah ku diperlahankan dan menyilangkan tangan ke belakang. "Mana dia ni?"

Tiba-tiba tubuhku ditarik dan dihempap ke dinding bersebelahan dengan kelas tersebut.

"Gotcha." lenganku dirangkul ke lehernya.

"Am-Ammar. A-apa ni?" Aku ingin meleraikan rangkulanku namun dia menghalang.

"Apa ni apa? Kau cari aku kan?" Dia tersenyum nakal.

Psikik ke apa?

Aku mencebik dan menggeleng. "Bila masa tah. Saya nak cari Samuel. Dia kata hari ni dia baru masuk sekolah ni." Thanks Samuel! Boleh jadikan alasan.

Mata Ammar bertukar tajam. "Apa kaitan dengan kau kalau dia baru masuk sini pun?"

Aku pula tersenyum tenang. "Dia suruh tunjuk-tunjukkan sekolah ni. Dia kan budak baru." Ammar mengangkat kening.

"Tak payah. Dia tu tak ada mata ke apa? By the way, ni sekolah mak dia. Suruh mak dia kenalkan. Boleh mintak map semua." Ammar mendengus.

Sekolah mak dia? Sekolah ni! Wow..

Mulutku melopong. Ammar yang memerhati menarik bibirku.

"Aw aw. Sakitlah!" Aku memukul tangannya.

"Ammar! What are doing there?" Suara Ariana muncul. Mataku membulat besar. Oh my god. Macam mana ni?

Ammar berkalih ke kiri dan tersenyum. Senyum?? Gila ke?

"Ni. Mia nak jumpa you." Dia menarik tanganku. Ariana mengangkat kening apabila melihat tubuhku muncul dari perangkap Ammar.

"Oh..Mia!" Ariana berkata perlahan. Wajahnya beriak keliru sebelum dia menggeleng kepala dan tersenyum.

Dia mendekati dan mengenggam tanganku. "Ohh right. You nak cerita pasal boyfriend you kan. Apa dah nama dia? Ahh Ammir.. Okayy lets go. Vacant hour I panjang kali ni. Lets spill it." Dia berkata teruja. Aku pula menggaru kepala dan tertangkap memandang Ammar yang tersenyum di hujung bibir.

Aku menarik nafas panjang. "Ohh. Ye lah kan. Saya ada janji haritu. I cant wait to tell you about how we met Ari."Aku berkata bangga. Mahu buktikan kepada Ammar yang aku betul-betul sudah berpunya. (betul-betul ke?)

Meletus ketawa Ammar di situ. Ariana memandangnya dan tertawa sama.

"Whats with you?" Dia bertanya. Tiba-tiba Ammar memegang perutnya.

"Breakfast tadi. Entah kenapa belum hadam lagi kot. It tickles." Ammar menjawab. Ariana ketawa lepas. "Sandwich made your stomach tickles. Nonsense Ammar!" Ariana menampar lengan Ammar.

"Serious Ari. Its damn tickles. Lagi-lagi bila terdengar something yang funny. It gone crazy." Ammar berkata. Ariana tertawa mendengarnya.

Aku pula? Macam terasa je. Kenapa eh?

Aku berdehem dan membetulkan rambutku ke belakang. Ammar mengikut gerak tanganku dengan hujung matanya. Okay. Kenakan dia pulak.

"Emm Ari. Esok boleh teman saya pergi salon? Ingat nak potong rambut pendek lah. Setakat ni." Aku menunjukkan kawasan belakang telingaku. Aku mengerling ke arah Ammar yang terbungkam mendengar kata-kataku.

Painful LoveWhere stories live. Discover now