34th

421 27 1
                                    

Aku berpaling daripadanya. Masing-masing berpaling mengeluarkan rasa hati masing bersama tangisan yang tersisa. Aku mengesat air mata di pipiku dan memandang ke langit yang biru gelap itu. Tangisan Ammar yang sayup kedengaran di belakangku membuatkan hatiku sebak.

Tidak. Aku kena kuatkan hati aku. Aku patut sedar apa yang aku buat ini adalah betul dan untuk kebaikan aku sendiri.

Angin malam itu meniup rambut ikal mayangku yang tidak berikat. Kini, aku sudah tidak tahu apa yang aku lakukan. Aku nak hubungi Ariana namun wajah kecewanya seolah terngiang di fikiranku begitu juga dengan Marc dan Khai. Lama mereka bertahan di sisiku membantu aku untuk bangkit dan lupakan lelaki ini. Namun hanya dengan satu malam, apa yang mereka usahakan musnah di mata mereka.

Aku tak rasa aku mampu untuk berhadapan dengan Ammar lagi. Nafas ditarik dalam dan kakiku mula melangkah meninggalkan dia tanpa memandang ke belakang.

Aku sudah tidak kisah macam mana aku nak balik ke rumah ku tapi apa yang aku tahu, aku ingin tinggalkan tempat ini kerana aku tak tahu lagi macam mana nak berhadapan dengan Ammar. Apa yang berlaku malam ini merupakan pergaduhan yang membuka mataku. Pergaduhan yang lain daripada sebelumnya.

Dia inginkanku tapi enggan memiliku. Aku tak boleh serahkan diriku untuk perkara yang tidak pasti seperti itu. Langkahku laju di atas jalan berpasir yang nipis itu dan sebaik sahaja aku melintasi superbike milik lelaki itu, namaku dipanggil.

"Mia." Dia memangilku banyak kali tapi aku tidak menghentikan langkahku. Bunyi tapak kaki lelaki itu yang semakin mendekatiku membuatkan dadaku berasak dengan debaran.

Aku tahu dia sudah mula berlari mendapatkanku. Lenganku ditarik oleh Ammar membuatkan aku memejam mata sebelum memandangnya. Matanya yang memerah dan wajah sembap terpampar di hadapanku. Aku keraskan hati dan tegaskan wajah memandangnya.

"Don't go." Katanya dengan suara serak kesan tangisannya. Ammar mengelap hujung matanya dengan belakang tangan.

"I dont think I can handle you right now or ever Ammar." Jawabku dingin. Ammar mengangguk beberapa kali mendengar kata-kataku.

"Just let me take you home." Balasnya dengan suara bergetar. Aku tak tahu kenapa hatiku luluh mendengar balasannya. Dia tak balas langsung apa yang aku tanya dan inginkan daripadanya biarpun aku sudah tahu jawapannya. Dia betul-betul tak mahu memiliku.

Kenapa dia buat aku macam ni? Aku tunduk menahan sebak di dada. Aku tak boleh menelefon Marc dan biar dia nampak keadaan aku seperti ini.

Tiba-tiba handphoneku berbunyi begitu juga dengan Ammar. Kami menyeluk keluar handphone masing-masing. Mataku kaku melihat nama Marc di skrinku dan Ariana di skrinnya.

Hatiku mula berdegup laju. Aku tak mahu mereka tengok aku macam ini. Lagi-lagi bersama Ammar.

"Dont pick up yet." Kataku laju.

Ammar melihat skrinku juga dan terdiam.

"I dont want them to know that we are together. Tonight is a mistake. I shouldnt have agreed to this." Kataku. Wajah Ammar seolah terkesan dengan kata-kataku.

"I'm going there. You pick it up but dont let Ariana know we were together." Aku memberi amaran kepada Ammar.

"Just stay here. I'm sure they are waiting for you at your house. If I send you home, they gonna know." Balas Ammar.

"What? I'm not staying here. Not after what happens." Kataku tanpa berlapis. Talian kedua masuk di handphone aku dan Ammar. Kalau kami tak angkat lagi mesti mereka akan lebih curiga.

"Answer it. Tell them you're at your parents or something."

Aku bergerak jauh daripadanya. Aku berdehem beberapa kali untuk memastikan suaraku tidak kedengaran seperti baru lepas menangis.

Painful LoveWhere stories live. Discover now