52th

240 24 6
                                    

Aku memerhati ke bangunan yang sangat indah di bandar London. Sejak kecil, aku memang selalu tertarik dengan keunikan reka bentuk bangunan di negara ini. Ammar kini sedang memandu kereta milik Katherine dan kami sedang menuju ke hotelku.

Aku duduk di tengah tempat duduk belakang sementara mereka berdua di hadapan. Serasa seperti anak kecil. Kemeja oversize yang dipakaiku kini berasak dengan angin kerana kami membuka tingkap kereta untuk menikmati angin luar. Cuaca di kota ini sangat cerah, satu keadaan yang agak jarang berlaku di sini kata Katherine.

Ammar sesekali memandangku di cermin dan aku memberi senyuman kecil jika aku menangkap pandangannya. Walaupun ketibaan Katherine agak mengejutkanku, aku cuba untuk tidak terlalu berfikir tentangnya kerana fokus kami ke sini adalah ibu Ammar.

Kami tiba di hotel yang hanya beberapa kilometer sahaja daripada hospital ibu Ammar. Kereta diberhentikan dan Katherine berpaling menghadapku. Dia memberiku senyuman.

"I'll just wait here so you and Am can go check in your room. " ucapnya dan aku tersenyum kecil. Ammar mengeluarkan bagasiku di bonet kereta dan aku keluar mendapatkannya.

Dia menyelesaikan urusan kunci bilikku di kaunter lobi hotel itu dan aku mengekorinya ke lif ke aras 13. Di lif, aku sesekali memandang wajahnya yang tidak memandangku.

Kami tiba di hadapan bilikku dan dia membukanya lalu terpapar bilik hotel yang tersergam indah. Dahiku berkerut melihat interior dan keluasannya yang terlampau besar untukku. Ammar meletakkan bagasiku di tepi sofa ruang tamu itu kemudian menghadapku yang tercengang di pintu.

"Go clean up. If you're hungry, you can order room service. I'll take care of all the bills." Katanya. Dia memandangku tanpa riak. Aku hanya mengangguk dan mula mendekati bilik utama di hadapan ruang tamu itu. Aku melabuhkan duduk dan kami terdiam di bilik ini.

Ammar meletakkan kad bilik di atas meja.

"Thanks Am." Bisikku dan memberi senyuman apabila dia memandang. Lelaki itu mengangguk dan memegang belakang lehernya.

"I'm off to the hospital. Let me know if you need anything." Katanya.

"Let me know if you need anything." Jawabku. Aku di sini untuk dirinya. Ammar merenungku lama kemudian berdehem.

"I'll call you." Balasnya dan beransur keluar daripada bilikku.

Aku merehatkan kepala di sofa dan mengeluh kecil.

____________________________________________

Suasana sudah gelap di luar. Aku menutup langsir sebaik sahaja menghabiskan masa menikmati angin malam dari balkoni hotelku. Skrin telefon bimbit diperhati lama menunggu panggilan daripada Ammar. Sepanjang hari aku hanya memesan makanan, menonton Netflix dan berlegar di sekitar bangunan hotel ini. Aku perasan ada gym di tingkat paling atas bersama kolam namun aku hanya lalu sahaja kerana tiada niat untuk beraksi di sana.

Kini, aku di bilik menanti apa sahaja khabar berita daripada lelaki ini. Aku tahu hospital hanya beberapa kilometer sahaja daripada sini. Aku boleh sahaja berjalan kaki ke sana namun aku masih enggan. Jika aku ingin bertemu dengan ibu Ammar, aku ingin Ammar yang membuat keputusan itu dan membawaku ke sana. Sehingga kini aku masih belum tahu apa tanggapan ibunya terhadapku.

Remote tv ditekan beberapa kali menukar siaran. Aku buat keputusan untuk membuka playlist kegemaranku di youtube. Lagu Taylor Swift berjudul All Too Well berkumandang di seluruh bilikku.

Kakiku melangkah ke dapur untuk membuat kopi. Suasana diluar agak dingin begitu juga di dalam bilik ini. Secawan kopi panas sangat membantu. Mulutku terkumat kamit menyanyikan lirik lagu versi 10 minit ini sambil mengacau kopi di cawan.

Painful LoveWhere stories live. Discover now