Telefon bimbitku kedengaran. Aku mencapainya dan nombor tidak dikenali terpapar di skrin. Aku menekan jawab.
"Hello."
"What are you doing in UK Mia?" Suara yang cukup aku kenali kedengaran.
"Ibu?"
"Yes. Ibu. I figured you would forgot that you have a mother." Ucapnya sarkastik.
"I don't know ibu. Because sometimes you yourself didn't act like you had one. A daughter." Balasku.
Wanita itu mendengus. Migraineku boleh muncul kembali jika ini hubungan aku dan ibuku. Aku mengeluh.
"What do you want?" Kataku letih.
"Break up with that boy." Aku mengurut dahiku dan mengeluh.
"Kau dengar tak aku cakap ni?" Ibu meninggikan suara.
"Ibu, don't you have a heart? Ibu tahu tak what had you done? Sampai bila you want to indulge with this selfish behaviour? My relationship with Ammar terumbang-ambing sebabkan ibu!" Aku meluahkan segalanya. Wanita itu tertawa di hujung talian.
"Hah! Dah terumbang-ambing macam tu, break it off jelah. Cinta monyet macam tu tak akan kekal. Berfikir sikit guna otak."
Kata-katanya menyiat perasaanku. Air mataku luluh lalu cepat-cepat aku sapu. Sejauh mana ibu akan berterusan menyakiti aku seperti ini.
"How could you ibu? Ive never ever would want to hurt you. I guess you never even love me as your daughter all this time." Sebakku kedengaran dan aku meraup wajah menahan perasaan.
"Kau yang buat hal. Kalau Mia dengar cakap ibu, benda macam ni takkan terjadi. Putuskan hubungan dengan budak tu. Focus on your study. I'll send you to whichever country you want."
"Send me to whichever? Another word, you want to get rid of me." Aku menuju ke balkoni hotelku dan suasana malam yang sejuk menerpa wajahku.
"Tak payah nak tambah cerita. Tolonglah jangan rosakkan semua yang aku usahakan selama ini. Aku akan berkahwin dengan Rikkard. Susah sangat ke nak faham?" Ibu menekankan kata-katanya membuatkan hatiku berat seberatnya.
"He don't even love you ibu." Ucapku.
Ibu mendengus geram. "Kau tak tahu apa-apa! Jangan nak perbodohkan aku!"
Aku terdiam tanpa kata. Tidak mampu aku berkata-kata mendengar cara ibu berkata-kata denganku.
"Kau faham tak apa aku cakap ni. Break it off! Balik Malaysia!"
Ibu mematikan talian meninggalkan aku disitu. Aku mengelap airmataku dan meletakkan telefon di meja makan. Aku mengambil langkah ke ruang tamu dan melabuhkan duduk di sofa.
Pintu suite ini berbunyi dan dibuka seseorang. Aku mengalih wajah memandang ke pintu masuk dan mendapatkan Ammar. Lelaki itu mengambil langkah masuk dengan paperbag di tangan. Mata kami bersatu dan aku menghadiahkan senyuman.
"How's aunty?" Tanyaku sambil memeluk kedua lutut di dada.
Ammar menatap wajahku lama. "She's fine. Kath is checking up on her."
"Good." Balasku dan kembali merenung skrin television yang memaparkan siaran berita. Ammar menuju ke meja makan dan meletakkan paperbag di sana. Aku mendengar sahaja setiap langkah di sekitarku namun retinaku masih melekat di skrin.
Tiba-tiba aku mendengar bunyi kaca berderai di dapur membuatkan aku berdiri dan bergegas mendapatkan Ammar.
"What happened?" Ucapku cemas.
"Shit! Sorry. My hands slipped when I was reaching the cup." Ammar mengambil kain dan mula mengumpul serpihan kaca dan mengaupnya menggunakan kain.
"Macam mana boleh terlepas?" Tanyaku sambil bergerak ingin membantunya.
YOU ARE READING
Painful Love
RomanceYou can break my heart in two but when it heals, it beats for you