Mia mendengus perlahan apabila membaca teks yang diterima oleh ibunya sebentar tadi. Dia membuat keputusan setelah berakhirnya percutian ini, dia akan berhadapan dengan ibunya dan pergi ke Australia memulakan permulaan baharu.
Namun ideanya tentang permulaan baharu seolah terbantut apabila melihat kelibat lelaki itu yang baru keluar daripada koridor yang terbuka luas. Matanya tidak berkelip memerhati setiap tindak tanduk jejaka itu. Ammar yang kini memakai t-shirt V neck putih dan seluar paras lutut memandang ke pantai di hadapan. Tidak perasan Mia sedang merenungnya.
Gadis itu mengeluh kecil dan menyeluk masuk kembali handphonenya ke dalam beg tangan. Dia menolak rambut hadapannya ke belakang dan melilau mencari Marc yang ditunggu-tunggunya daripada tadi. Matanya mengecil kerana mentari yang terik.
"When will you be back?" Tiba-tiba satu suara mengejutkan Mia membuatkan dia menoleh dengan telapak tangan menutup matanya separa menghalang bahang matahari. Ammar kini berada di hadapannya membuatkan jantungnya berdetak laju. Mia teringat soalannya.
"Uhh.. Mia tak tahu lagi tapi Marc kata nak pergi kedai bunga je so I don't think that it will take that long." Jawab Mia masih lagi menghalang mentari dengan tangannya sambil memandang lelaki itu. Ammar diam seketika mendengar. Dia mengemam bawah bibir kemudian tangannya menarik sunglasses yang terletak di kepalanya lalu dihulurkan kepada Mia.
"Wear this. It's hot outside." Katanya perlahan. Teragak-agak gadis itu mengambil sunglasses itu dan memakainya. Mia agak bersyukur juga Ammar menawarkannya kepadanya kerana terik matahari di sini sangat kuat dan Mia pula memang terlupa nak membawa satu sunglasses miliknya
"Thanks Am." Ucapnya lembut dan senyum di hujung bibir sambil menolak sunglasess itu di hidung untuk mengemaskannya.
Ammar membalas senyuman itu dan asyik merenung gadis itu di hadapannya. Dia tidak dapat nafikan yang Mia makin cantik saban hari membuatkan dadanya sentiasa berombak kencang dan dirinya sentiasa ingin dekat dengan gadis yang sudah lama berada di fikirannya itu. Ammar ingin mengeluh kecil apabila teringat yang Mia bakal keluar dengan Marcos. Jiwanya tidak tenang. Dia tahu dia cemburu tapi dia mahu sorokkannya sebaik mungkin kerana dia tidak mahu apabila dia menyuarakan isi hatinya, gadis ini akan menjauhinya.
Dress amber paras lutut yang dipakai Mia ditilik Ammar seketika. Sebaik sahaja matanya melihat Mia dengan dress itu pagi tadi, matanya tak mampu melarikan pandangan kerana ia nampak sangat cantik pada dia. Warna amber hijau itu sosok dengan kulitnya yang putih susu dengan rambut yang dilepaskan ke paras pinggang. Namun kening Ammar mula bertaut apabila melihat semula panjang dress itu yang mencecah lutut milik gadis itu.
"Wait here." Katanya kepada Mia membuatkan gadis itu memandangnya bingung. Jejaka itu bergegas masuk ke dalam rumah dan mencapai selimut nipis berwarna putih yang terletak di meja kopi berdekatan piano. Mia yang berada di luar mengekori langkah lelaki itu dan menunggunya penuh tanda tanya.
Apabila Ammar muncul dengan selimut nipis berwarna putih, Mia mengiringkan kepalanya memandang lelaki itu. Ammar meramas belakang tengkuknya dan menghulurkan selimut itu kepada Mia.
"Take this. To uh.. cover that up when you sit." Tangan lelaki itu menunjuk sekejap ke arah kakinya sambil menghulur selimut itu. Apabila Mia sedar maksud lelaki itu, mukanya merah membahang. Dia mengambil selimut itu dan memandang ke kiri dan kanan entah kenapa jadi segan untuk memandang Ammar. Tapi tindakannya sedikit sebanyak menyentuh Mia. Dia pun tahu dia perlu melapik dressnya dengan sesuatu apabila duduk nanti. Mia menoleh ke arah Ammar yang dia perasan turut sama memandang ke semua tempat kecuali dia. Dah kenapa dengan kami berdua ini.
"Thank you." Ucap Mia.
"No worries." Jawab Ammar.
Apabila Marc muncul dengan kunci kereta di tangan dan perlahan mendekati kami, Mia berdehem dan membetulkan tali beg di bahunya dan memeluk selimut nipis pemberian Ammar.
YOU ARE READING
Painful Love
RomanceYou can break my heart in two but when it heals, it beats for you