Third

1.2K 42 1
                                    

Ammar mengikutiku ke kelas dan menerima perhatian ramai orang. Aku menjarakkan diriku darinya dan berjalan perlahan supaya dia mendahuluiku dahulu. Aku tak mahu kelihatan rapat dengannya. Ia mengundang rasa gemuruh dan tidak selesa.

Baru sahaja aku nak melangkah masuk ke kelasku, lenganku ditarik Ammar menyebabkan wajahku tersembam di dadanya.

"Ohh!" Aku mendongak dagu dan melihat dia menunduk memandang wajahku.

"Remember this. We wont talk about anything like that starts from now. Theres no leaving between us Mia. Im gonna make sure of that. Mark my words." Dia mengusap wajahku dan semua yang memerhati terlopong dan ada juga memberi pandangan benci kepadaku.

Apa salah aku?

Aku menepis tangannya dan memberi pandangan dingin. Aku tak suka semua ini. Apa hak dia yang menentukan semuanya? Dan kenapa aku terlalu lemah untuk menghalangnya?

Mataku mula kabur dan berair. Aku menunduk dan menarik nafas panjang menghalang dari air mata ini menitis. Kemudian pandanganku terhenti padanya.

Wajah lelaki itu beriak risau dan... takut? Apa yang dia takutkan? Dia mencari sesuatu dari riak wajahku. Seperti dia risau dengan apa yang bakal aku katakan. Tiba-tiba timbul perasaan sayu apabila melihat wajahnya. Jarinya terusan mengelus pipi dan merenungku.

Tanpa aku sedari, bibirku mengukir senyuman dan membalas renungannya. Aku juga terkejut. Aku tak dapat kawal diri aku apabila bersama dengannya. Tubuhku tidak bertindak seperti yang aku harapkan.

Serta merta dia membalas senyumanku dan mengiringkan wajahnya lega. Aku turut berasa gembira kerana dia beriak sebegitu. Apa nak jadi dengan aku ni?

Adakah aku semakin menyenangi kehadirannya?

****************

"Aku cakap dah kan jangan dekat dengan Ammar! KAU NI PEKAK KE BODOH!"

Aku menunduk dan tidak membalas apa-apa. Baik aku bertahan sajalah dengan kerenah mereka daripada kena dengan Ammar. Aku menelan liur mengingat semula peristiwa yang terjadi antara aku dan Ammar. Tak nak tak nak.

Kepalaku ditunjal beberapa kali oleh mereka. Mereka membebel tetapi aku malas nak mengambil pusing. Mendiamkan diri lebih baik.

Rambutku ditarik dan kakiku ditendang mereka. Mereka menolak tubuhku ke dinding kelas dan menampar wajahku. Terutama Elyn yang sungguh berang denganku.

Tiba-tiba seseorang menolak mereka semua sehingga mereka bertiga serentak terjelepok ke lantai.

"Opss. Sorry. Ingat lembu tadi. Dah lama dah I nak langgar lembu. Terutama kalau yang tengah berkumpul tiga ekor." Suara serak basah pemilik yang melanggar mereka tertawa.

Elyn mendengus dan bangun dari jatuhnya. Dia menepuk-nepuk baju dan skirtnya yang kotor. "Wehh Luq. Kau tak payah masuk campur boleh tak? Ni perempuan murahan ni memang patut kena ajar!" Elyn bertindak untuk meluru ke arahku namun Luqman pantas mengalihkan tubuhnya menghadapku.

"Jap jap jap. Okay. Biar aku uruskan dia. Korang semua boleh blah. Blah blah blah." Dia menghalau tiga gadis itu dan menolak-nolak bahu mereka. "Shu shu shu."

Aku menunduk sambil membetulkan rambutku yang kini berserabai. Nasib baik tak nangis kali ini. Aku bukannya cengeng sangat.

"Kau okay?" Lelaki bernama Luq itu bertanya apabila dia memusingkan badannya menghadapnya.

"Better than I deserve. Thank you." Aku mengukir senyuman nipis. Luq mendengus.

"Ish tiga lembu tu. Aku sebenarnya nak je karate diaorang tu tapi kang menggelupur pulak macam lembu kena sembelih. Kalau aku dapat tadi, memang aku wacha! Wohh.." Luq mempersembahkan langkah karate nya yang tak de lah karate sangat tu padaku.

Painful LoveWhere stories live. Discover now