Sudah jam 8.00 malam dan kelibat Ammar masih belum kelihatan. Aku sudah siap dengan dress biru laut dan rambut yang aku dandan dilepaskan ke bahu. Apabila aku melihat sebuah kereta menuju ke halaman rumahku, senyumanku mula terukir.
Namun sebaik sahaja melihat plat kereta itu dan gerangannya, senyumanku tadi bertukar menjadi bingung lalu bergerak menuju ke arahnya.
"Marc? Mana Am?" Tanyaku selepas melihat Marc segak bersut hitam di tubuhnya keluar daripada perut kereta.
"He asked me to pick you up. I dont know where he went." Balas Marc membuatkan aku tidak sedap hati. Kenapa Ammar tak beritahu aku apa-apa?
"Should i call him?" Ucapku sambil menyeluk ke dalam beg tangan mencari telefon bimbit namun kata-kata Marc meghentikanku.
"I'm sure he is fine. Just get in the car first." Gesanya. Aku terdiam dan mengangguk perlahan lalu bergerak masuk ke dalam perut kereta Marc begitu juga dengannya.
"Are you okay Marc?" Tanyaku risau kerana melihat wajah galaunya yang sudah memulakan perjalanan.
Marc hanya mengangguk tanpa menjawab. Perjalanan kami hanya ditemani bunyi penghawa dingin namun penuh dengan tanda tanya olehku.
Tanda tanyaku ditambah dengan kebingungan apabila Marc menuju ke jalan yang sungguh berbeza daripada galleri milik bapaku yang akan diadakan acara mengikut kata-kata Ammar.
"I think we are far enough." Bisik Marc.
"What do you mean?"
Marc meraup wajahnya dan memegang stereng kereta dengan kemas sebaik sahaja kami berhenti di bahu jalan yang kosong. Aku menjadi tidak sedap hati melihat reaksinya.
"I had to do this. I don't think you should be with Ammar. Both of you are just so complicated already. Why added more?"
"What is this Marc? Ammar didn't asked you to pick me up? Why are you lying?" Aku mengundur tubuh sehingga belakangku bersapa dengan pintu kereta sambil memandangnya.
"I'm sorry Mia. It's just- I wanna let it out for once." Dia menggenggam stereng sambil memejam matanya rapat membuatkan aku risau.
"Kenapa ni Marc?" Tanyaku perlahan.
"I'm happy if you're happy. But I thought I'm the one who will be able to make you feel that way. I've tried everything. Sincerely. I always look at you." Ucapnya perlahan. Ada getar di suaranya seolah dia memaksa dirinya untuk membuatkan pengakuan ini. Untuk dirinya.
"I always look at you. Hoping that one day you'll look at me too. B-But it's always him and I truly wanna understand that but it hurts." Marc tidak memandangku. Hanya melihat ke bawah dengan sebelah tangan masih di stereng.
"Marc.."
Dia menggeleng sebaik sahaja mendengar suaraku. "Please dont say a word yet. I just want to let everything out so I don't think I can bare listening to your words yet."
Aku memandangnya lama dan mengangguk faham. Wajahnya kemerahan dan sedikit berpeluh.
"I don't want to say anything crazy. Cause I know it is crazy but I really want to say it." Sambungnya seolah juga berbicara dengan diri sendiri. Seolah dia turut mempersoalkan dirinya sekarang. Marc menekup matanya dengan sebelah tangan dan menarik nafas panjang beberapa kali.
Tiba-tiba dia memandangku dan matanya jelas berair dan kemerahan.
"Can't it be me? Had you ever considered me?" Tanyanya dalam sedu. Hatiku jatuh melihat dan mendengar dirinya. Kami memandang ke mata masing-masing. Saling menunggu apa yang bakal diucapkan.
YOU ARE READING
Painful Love
RomanceYou can break my heart in two but when it heals, it beats for you