Fourth

1K 48 1
                                    

Straw dicucuk dan aku menyuakannya ke mulut. Kelas Kimia sudah tamat jadi aku mengambil keputusan untuk berehat di taman sekolah sambil menunggu kelas seterusnya yang bakal bermula satu jam sahaja lagi.

Air kotak diletakkan di sisi. Tiba-tiba satu kucupan hinggap di pipi kiriku. Aku memalingkan wajah untuk melihat Ammar tersenyum di belakangku.

"Ammar.. Awak ni kan.." Aku mencubit lengannya yang direhatkan di penyandar bangku yang aku duduk.

"Okay okay. Sorry." Dia tertawa dan mengambil tanganku. Dibawanya sekali sambil mengambil tempat di sebelahku.

Aku mengerlingnya sekilas dan mengeluarkan nota kecil lalu membeleknya. Ammar menggenggam tangan kiriku dan membawa jari-jari runcingku ke bibirnya. Aku mendiamkan sahaja.

Entah di mana datangnya keberanianku. Aku merehatkan kepala di bahunya. Tubuh Ammar menjadi tegang untuk seketika sebelum dia melingkarkan tangannya di pinggangku. Aku membisikkan formula-formula Kimia yang tercatat di nota kecilku.

"Mia." Dia memanggil.

"Mhmmhmm?" Jariku sibuk membelek helaian nota di tangan.

"Kau suka aku tak?" Dia bertanya. Aku terdiam seketika dan menggangguk.

"Suka je."

Dia melonggarkan lingkarannya di pinggang dan menunduk memandangku. Keningnya bertaut.

"Je?" Dia berkata tak puas hati.

"Okay okay. Suka. Suka sangat." Aku mendongak dan tersenyum. Matanya memandang bibirku kemudian beralih semula ke mataku.

"Heeeee." Dia tersengih. Aku mengangkat kepalaku dari bahunya dan tertawa kecil. Perlahan-lahan tanganku menyentuh wajahnya. Jari dilarikan di kening, hidung, kedua pipinya kemudian di bibir. Dia merenungku penuh minat.

"Tapi awak tak handsome lah." Gurauku. Gila tak kacak?

Keningnya diangkat. "First time to hear that."

Aku menjuling mata. "Perasan."

Dia menggeleng kepala dan mengusap rambutku. "Habis kalau aku tak handsome kau tak suka aku lah?"

Kini keningku pula diangkat. "Tadi kan dah cakap. Suka sangat." Aku mengingatkan. "Jadi.. Walaupun awak tak handsome. Saya suka je." bahuku diangkat.

"Alaaaa tapi aku ni handsome." rengeknya. Hidungku berkerut.

"Eii. So full of yourself. " Lengannya ditolak. Dia merapatkan wajahnya. "Yeke tak handsome?"

Liurku ditelan. "Ada lah rupa sikit." aku menunjukkan jari secubit garamku.

Dia tertawa perlahan. "Oww. Glad to hear that from you. Girls used to call me Sexy God Greek. Tapi kau punya 'Ada lah rupa sikit' tu.. kinda new to me but I like it."

Sexy God Greek?

Aku memandangnya atas bawah. Gelaran tu tersangatlah sesuai. Aduhh. Ada lah rupa sikit? Kau siapa Mia? Huhuhuhu.

Daguku didongakkan. "Okay. Saya suka awak walaupun awak tu bukannya handsome sangat pun." Egoku dipertahankan. "Awak pula kenapa suka saya?"

Postur tubuhnya menghadapku. Dia duduk bersila di bangku. Kemudian wajahku ditenung lama. "I like you from the very beginning. Your eyes. Your voice. Your lip. Your attitude. Your personality. I admit that you are a very attractive woman but you dont realize that." Dia menajamkan matanya. "Like when you dance with that boy Luqman." Dia memerli. Aku menunduk dan tidak memandangnya.

"Look." Jarinya mengangkat wajahku. "I like you by who you are. I dont know why but love is unexplainable right? I cant stop thinking about you Mia." Dia melarikan jari ke bibirku.

Painful LoveWhere stories live. Discover now