"Miss? Miss okay tak? Kami dengar ada jerit-jerit kat atas tadi, jadi kami naik."
Aku masih berdiri di hadapan bilik itu. Rasa tidak percaya, kecewa menyebelubungi diriku ketika ini. Meraup wajah sepenuhnya, aku tertawa kecil lantas menggeleng.
Tak mungkin. Tak mungkin dia cakap macam tu. Aku tunduk ke bawah masih lagi menggeleng tidak menghiraukan dua orang pembantu rumah yang memerhatikanku di sisi. Tawaku kian menghilang apabila aku menyentuh rantai di leher.
Aku berkalih ke arah dua orang pembantu itu. Masing-masing berwajah keliru dan juga kerisauan. Mereka memandang sesama sendiri sebelum ke arahku semula.
"C-Can I sleep here?" Tanyaku.
Soalan itu diterima dengan wajah terkejut daripada kedua pembantu itu sebaik sahaja melihat air mataku menitis.
"Uhm kami akan sediakan bilik untuk Miss." Salah seorang daripada mereka berkata. Aku mengangguk perlahan dan melihat mereka beransur hilang dari pandangan. Mataku kembali tertancap pada pintu bilik Ammar. Aku berundur sehingga belakang tubuhku tersandar pada dinding. Perlahan-lahan aku terduduk.
"Ammar..."
_________________________
Terasa seperti rambutku diselak dari wajah, aku mengeram di dalam tidurku. Cadar yang tebal dan lembut itu ditarik ke paras dada dengan mata yang masih tertutup.
"Mia.." satu suara kedengaran.
Bahuku ditolak lembut dan perlahan-lahan aku membuka mata.
"What are doing here ?" Ammar kini di hadapanku dengan pakaian suit berwarna biru tua yang lengkap. Wajahnya dingin. Dia duduk di hujung katil di sisiku.
"A-Am." Aku bangun dari baringku dan menghadapnya. Mataku terasa berat dan aku pasti ia berpunca daripada tangisan yang tiada henti semalam.
Dia memandangku lama menunggu jawapan.
"Ammar.. I wanna talk to you. So I stay.." jawabku perlahan. Ammar menghembus nafas perlahan dan bangun dari duduknya di katil king itu.
"I have to go for work now. I think I had said clear enough last night." Dia membetulkan tali lehernya sambil memandang ke arahku.
Pantas aku menyelak cadar tebal itu dan cepat-cepat ingin turun dari katil namun langkahku tidak dapat di kawal kerana pening di kepalaku menyebabkan aku hampir terjatuh dari katil yang tinggi itu.
Cepat sahaja satu tangan merangkulku di pinggang dan kedua tanganku menapak di dada bidang itu. Wajah kami berjarak hanya seinci. Aku menilik wajah yang aku rindui itu tanpa kelip.
Dia mengagah membantu aku untuk berdiri.
"Thank you." bisikku di telinganya kerana rangkulannya masih belum dilepaskan. Pantas dia melepaskan tangannya dan menggaru belakang leher.
"Pergi bersihkan diri. And have some breakfast downstairs. I'll send you home." dia berkata dan terus meninggalkan bilik tetamu itu.
Harumannya seakan melekat di tubuhku menyebabkan aku menarik nafas panjang. Aku bergerak ke kamar mandi untuk membersihkan diri.
________________________
Dengan langkah berjengket-jengket dan tubuh masih tersarung bathrobe, aku menuju ke kamar Ammar untuk mencuri pakaiannya. Memandangkan aku tidak membawa sebarang persalinan, aku bertindak sedemikian.
Apa salahnya? Dia kan boyfriend aku..
Ex-boyfriend. Mindaku menegaskan. Aku menelan pahit kebenaran itu dan menggigit bibir.
YOU ARE READING
Painful Love
RomanceYou can break my heart in two but when it heals, it beats for you