[ current status ; complete! ]
Park Seonghwa ft. Han Yeolreum.
Dia mahu gadis itu bahagia dan dia mahu orang yang membuat gadis itu bahagia adalah dirinya sendiri.
⚠️ mengandungi typo dan bahasa
yang macam minta penampar online.
― ' no copycat zone...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌ Rahsia Jongho ⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌
Assalammualaikum dan hai! ❤ Yayan hope korang enjoy chapter ni as well 💕
Yayan baru sedar cerita ni dah 2 55K votes. Terima kasih semua. Kalau fanfic ni habis, yayan terfikir nak publish fanfic San. Tapi yayan akan pertimbangkan dulu and minta pertolongan someone dulu sebab fanfic San ni genrenya tak seperti fanfic ni dan yang sebelum - sebelum. Doakan yayan 😌❤
Selamat membaca! 🍎
══❍ ❀ ❍══
" K-kau dengar?! " Tempelak Hongjoong, terkejut mendengar kenyataan dari si sahabat.
Jari telunjuk ditunding pada lelaki di hadapannya. Terbuntang Hongjoong. " Seolma.. Kau jangan cakap kau— kau betul - betul buat macam tu ke? " Bahu yang tegak itu menurun sebaik melihat reaksi Seonghwa yang sedang menghembus nafas panjang.
Hongjoong mengeluh kecewa. Yeosang, Yunho dan yang lain memandang dengan tertanya - tanya, mereka masih tidak faham dengan apa yang dikongsi Seonghwa dan Hongjoong.
" Maknanya, Hwa hyung ada dengar pasal rahsia yang Ho bagitahu dekat hyung? " Kedua - dua mereka mengangguk.
" Tapi, apa rahsia yang Jongho bagitahu dekat Hwa hyung? " Soal Yeosang.
" Ingat tak hari yang hyung cari Hongjoong lepastu korang cakap dia ada dekat luar? Haritu, Hongjoong bukannya duduk dekat luar sorang diri, dia ada dengan Jongho. " Seonghwa mula membuka cerita untuk memahamkan empat orang adiknya.
" Sebenarnya hyung yang pergi dekat Ho malam tu sebab dia nampak sedih sangat. Duduk sorang - sorang dekat luar rumah sedangkan abang - abang dia semua tengah tengok tv. Hyung tanyalah dia sama ada dia okay atau tak. "
" Masa mula tu, dia teragak - agak nak bagitahu hyung. Tapi mungkin sebab dia dah tak tahan simpan sorang diri, dia ceritalah dekat hyung sebab hyung orang yang rapat dengan Seonghwa dan boleh faham apa yang dia rasa. " Hongjoong menghembus nafas panjang.
" Apa yang dia rasa? Ada apa - apa kaitan dengan Hwa hyung ke? " Wooyoung bersuara.
" Ya, mestilah ada kaitan dengan hyung walaupun bukan seluruhnya pasal hyung. Sebab... Perkara ni keseluruhannya pasal Yeolreum. " Seonghwa memandang mata seorang demi seorang, cuba mengumpul semangat untuk memecahkan rahsia Jongho yang sepatutnya hanya Hongjoong yang tahu namun dia tetap juga tahu dan kini, dia bakal bongkarkan pada yang lain.
" Jongho sukakan seorang perempuan dan perempuan tu... Ialah Yeolreum. " Akhirnya dia terlepas juga cakap.
Reaksi terkejut dari mereka ialah reaksinya pada waktu itu dan dia tidak nafikan, dia lebih terkejut dari mereka pada ketika itu.