[ current status ; complete! ]
Park Seonghwa ft. Han Yeolreum.
Dia mahu gadis itu bahagia dan dia mahu orang yang membuat gadis itu bahagia adalah dirinya sendiri.
⚠️ mengandungi typo dan bahasa
yang macam minta penampar online.
― ' no copycat zone...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌ Possessive ⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌
Inilah double updatenya— Walaupun tak berharga, anggaplah sebagai birthday gift 🤍
Enjoy reading! 🥰
══❍ ❀ ❍══
Yeolreum terjaga dari tidur. Kelopak matanya digosok - gosok sebelum dibuka. Gadis itu bangun dari baringan dan duduk seketika di birai katil.
Matanya terarah pada lantai sisi katil di mana tilam yang dihampar Seonghwa semalam berada namun kelibat lelaki itu pula yang tiada.
Kepala Yeolreum naik memandang sekeliling dan perasan akan pintu gelangsar balkoni di bilik itu sedang terbuka.
Selipar rumah yang tersusun kemas di tepi katil segera disarungkan sebelum dia bangkit dari katil. Kakinya dihayun ke arah balkoni.
Benar tekaannya, teman lelakinya itu sedang berada di situ. Berbaring di atas kerusi malas dengan selimut yang menutupi badannya yang kesejukan.
Rasanya Seonghwa tertidur sewaktu sedang mengambil angin malam. Terlalu selesalah tu. Dengan kerusi yang dah macam single bed.
Embun pagi yang dingin sudahpun membuatkan Yeolreum meringis sejuk apatah lagi lelaki itu yang sedang lena lama di luar itu. Dengan kakinya yang melebihi kerusi malas itu kerana terlalu panjang. Comel.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Yeolreum tersenyum sambil menggeleng - gelengkan kepalanya. Dia masuk semula ke dalam untuk mendapatkan blanket tebal yang digunakannya semalam. Kemudiannya dia menyelimuti tubuh lelaki itu. Bimbang bakal mendapat demam.
Dia kembali semula ke dalam lalu mencapai tualanya sebelum masuk ke bilik air untuk membersihkan dirinya.
══❍ ❀ ❍══
Dapur menjadi tempat tujuan Yeolreum sebaik melangkah turun ke bawah. Ruang bawah masih kosong kerana lelaki - lelaki it masih tidur.
Barangan yang dibeli kelmarin dikeluarkan. Sosej, bacon, telur, kacang merah dan roti untuk sarapan ala barat pada pagi ini.