❀ 제 56 장 ❀

167 42 47
                                    

⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌Cemburu⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌
Cemburu
⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌

Assalammualaikum dan hai 💞
Sihat ke semua? Masih bernafas lepas tengok Actorteez debut? 👀

Kesian Yujin 😭 bagi aku jelah jadi heroin dia. Tak sukalah dia jadi sadboy ni 😭 and Jongho makin hot tho 🤭 dia cute gila bila rungut dekat Kwon Ryok 🤣

Berbalik pada topik, cerita ni Yayan dah rancang storyline dia dari chapter ni sampailah chapter ending. So... Korang nak happy ke sad ending? 👀

Terima kasih untuk yang setia menunggu, kalau nak double update harini, silalah spam komen 💓

Selamat membaca! 🍓

══❍ ❀ ❍══

Satu persatu hidangan sampingan dihidangkan di atas meja sebelum hidangan utama diletakkan pada tengah - tengahnya.

Seonghwa menghidangkan makanan - makanan itu sementara menunggu adik - adiknya turun satu persatu. Tepat pada pukul 8:30 pagi, mereka sudahpun memenuhi meja.

Mereka tiba dengan pelbagai situasi. Ada yang sudahpun segar dan siap berpakaian baharu seperti San dan Hongjoong, dan ada juga yang masih dengan rambut yang kusut kerana baru sahaja bangun dari tidur seperti Wooyoung, Mingi dan Yunho.

Yeolreum yang ada bersama Seonghwa di dapur pagi itu, menyambut mereka dengan ucapan selamat pagi.

Selesai memastikan semuanya lengkap tersedia di atas meja makan, lelaki dewasa itu menyertai mereka di meja makan.

" Ho tak cakap ke dia akan balik pukul berapa dan siapa yang akan ambil dia nanti? " Mingi bersuara.

Rindu pula pada adiknya itu. Semenjak pergi bercuti ni, dia langsung tidak menghubungi mahupun memesej mereka tentang keadaannya di sana!

Terlalu seronok dengan kawan - kawan sampai lupa abang - abang dia dekat rumah ni!

" Dia ada mesej Woo. Dia cakap dia akan sampai dekat sekolah dalam tengahari macam tu. Jadi Hwa hyung kalau nak ambil dia, bolehlah. " Beritahu Wooyoung.

" Hmm, boleh rasanya kalau nak pergi ambil dia. Lagipun hyung dengan Reum nak keluar pergi mall tengahari ni, nak beli barang - barang dapur. Kalau korang ada yang nak ikut sekali, turunlah pukul 11 nanti. " Seonghwa menyuarakan niatnya tengahari ni.

" Kalau untuk yang taknak ikut tu, tengoklah kalau hyung rajin, hyung masakkan sikit. " Katanya lagi.

" Sanie nak ikut! " San bersuara sambil mengangkat tangan.

" Woo pun! " Melihatkan San mengangkat tangan, Wooyoung turut mengangkat tangannya.

" Nado. Nado! " Yeosang juga menjadi orang yang ingin mengikut mereka.

𒆜 𓊈박성화𓊉 𐪟 BOYFRIEND MATERIAL ⩩Where stories live. Discover now