❀ 제 68 장 ❀

163 47 64
                                    

⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌Case Closed!⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌
Case Closed!
⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌

Assalammualaikum dan hai 💃🏻 kita kembali seperti biasa. 🏋🏻‍♀️

Macam mana PDPR? 😌 aku tibai yang tak masuk tu 👀

4K semakin menghampiri, meresahkan betullah 😭

Selamat membaca! 🦭💗

══❍ ❀ ❍══

Nafas gementar cuba dihelakan Yeolreum. Sejak semalam lagi dia tidak dapat menenangkan dirinya apabila mendengar berita daripada Jongho yang dia boleh kembali semula ke sekolah. 

Sepatutnya dia masih berada tempoh gantungan sekolah. Tetapi dengan anehnya Jongho memberitahunya yang pengetua mereka telah membenarkan dia kembali ke sekolah. 

Tombol pintu rumah dicapai setelah berjaya mengumpul sedikit kekuatan dalam dirinya. Perlahan - lahan tombol itu dipulas dan dia menolak daun pintu. 

Pandangan matanya mendarat memandang tiga orang lelaki yang sedang berdiri di hadapan pagar rumahnya. Siapa lagi kalau bukan rakan baiknya, Jongho yang telah banyak membantunya dalam tempoh itu. Tetapi dia tidak bersama abangnya seperti biasa, sebaliknya kembar Bae. 

Melihatkan senyuman lebar yang terukir di bibir mereka pada ketika itu, sedikit sebanyak telah membantu Yeolreum menghilangkan rasa gementar yang dirasainya.

Kedua belah kakinya dihayunkan ke arah pagar. Tidak mahu membuat mereka menunggu. Gadis itu membuka pintu pagar rumahnya dan menghampiri Jongho. 

Tawa kecil terletus dari bibirnya kerana geli hati. Jadi inilah apa yang mereka maksudkan dengan menjadi 'bodyguard'nya? 

" Nilah apa yang korang maksudkan bila korang kata nak jadi bodyguard saya semalam, huh? " Soal Yeolreum. 

Jongho hanya tersengih. Doyoung membuka pintu kereta di bahagian belakang sebelum tangan kirinya memberi isyarat mempelawa masuk dengan sopan. Menghayati watak bodyguardnya mungkin. 

Bodyguard atau driver? 

" Thank you, Mr. Bae. " Anggukan menggantikan tundukan hormat diberikan kepada Doyoung. 

Benar - benar menghayati watak betul! 

" My pleasure, Miss Han. " Yeolreum akhirnya memasuki perut kenderaan. 

'Pemandu' itu menutup pintu kereta setelah memastikan 'cik muda' masuk dengan selamat. 

Tawa mereka bertiga terletus setelah lama ditahan untuk kononnya menghayati watak. 

Pagi - pagi lagi dah buat gila! Doyoung pun tak normal! 

Akhirnya ketiga - tiga orang lelaki itu turut memasuki perut kereta. Jongho duduk bersama Yeolreum di seat penumpang belakang sementara Hoyoung pula masuk ke dalam bahagian penumpang di sebelah pemandu. 

𒆜 𓊈박성화𓊉 𐪟 BOYFRIEND MATERIAL ⩩Where stories live. Discover now