❀ 제 72 장 ❀

183 44 34
                                        

⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌Completely Complete⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌
Completely Complete
⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌

Assalammualaikum dan hai! 💗
Yayan harap semua ada dalam keadaan yang baik dan sihat sentiasa.

Yayan terlalu sibuk dengan homework lately dan ada masalah untuk type sikit, jadi sebab tu asyik postpone sedangkan Yayan cadang nak publish SOAD lepas publish chapter ni, tapi Yayan publishkan dulu SOAD sebelum cerita ni. 🐝

Bercakap pasal SOAD or fanfic Sanie yang Yayan janjikan tu, jemput - jemputlah jenguk baca fanfic tu nak meriahkan fanfic tu sama macam korang meriahkan fanfic ni.

Jalan cerita permulaannya agak slow tapi lama - lama dia akan kembali macam biasa, jadi Yayan harap korang stay tuned! 💗

Selamat membaca! 🌺

══❍ ❀ ❍══

Kringgggg~ Kringgggg~

Jam penggera yang berbunyi telahpun berjaya menyedarkan Yeolreum dari tidurnya. Kedua - dua mata yang dipejam rapat dek kerana kornea mata yang masih tidak dapat menerima cahaya masuk, perlahan - lahan dibuka.

Matanya memincing untuk melihat apa yang lebih bersinar daripada cahaya matahari sampaikan dia sukar untuk membuka matanya seperti biasa.

Kelopak matanya dibuka buat seketika namun tidak lama itu, dia kembali ditutup sementara bibirnya mengukirkan senyuman lebar.

Barulah dia tahu apa yang lebih menyilaukan daripada sinar cahaya matahari pagi.

Ianya adalah wajah teman lelakinya.

" Mwoyanggggg... " Tapak tangannya menekup wajah lelaki itu menghalangnya dari terus merenung dirinya tidur.

Lelaki yang sedang berbaring menghadapnya sambil menongkat kepala menggunakan tangan itu, ketawa melihat tingkah laku teman wanitanya.

" Waeeee? " Tangan gadis itu dijatuhkan daripada mukanya. Bibir dimuncungkan.

Jam penggera yang berdering segera dimatikan dan telefon bimbitnya diletakkan semula ke atas meja sisi katil.

Seonghwa memerhati Yeolreum yang sedang kini mengeliat. Dia telahpun memerhatikan kelakuan gadis itu sejak dia masih lagi sedang tidur. Atau, patutkah dia katakan yang dia memerhati gadis itu sejak 30 minit yang lalu?

Menghabiskan masa dengan bermalasan di atas katil sekali - sekala juga amat menyeronokkan.

Tidak perlu tergesa - gesa untuk memulakan harinya dan dia boleh bangun dari katil apabila dia mahukan.

Mungkin kerana inilah San gemar menghabiskan masanya di atas katil selepas mandi dan tidak turun ke bawah sampailah tiba waktu sarapan.

Jika beginilah rasanya, mungkin dia boleh menambahkan lagi 30 minitnya untuk memerhatikan gadis itu tidur.

𒆜 𓊈박성화𓊉 𐪟 BOYFRIEND MATERIAL ⩩Where stories live. Discover now