[ current status ; complete! ]
Park Seonghwa ft. Han Yeolreum.
Dia mahu gadis itu bahagia dan dia mahu orang yang membuat gadis itu bahagia adalah dirinya sendiri.
⚠️ mengandungi typo dan bahasa
yang macam minta penampar online.
― ' no copycat zone...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌ Ho Minta Maaf, Hyung. ⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌
Assalammualaikum dan hai ❤ Maaf untuk yang menunggu fanfic ni dan fanfic lain diupdate. Yayan diserang 'writer block' lepas habis exam haritu 😭 so susah nak dapatkan idea balik. Tapi alhamdulillah, yayan cuba slow - slow untuk habiskan draft yang tergantung 😊✨
══❍ ❀ ❍══
" Apa yang buatkan Ho fikir macam tu? " Wajah si adik dipandang sebentar sebelum dia kembali memandang ke arah jalan raya.
" Setiap benda yang Ho buat, semua benda tak kena dekat mata hyung. Hyung tak bercakap dengan Ho, hyung mengelak dari Ho. Ho tak pernah tengok hyung layan Ho macam ni. Jadi sebab tu Ho tanya, Ho ada buat salah ke dengan hyung? Ho ada buat apa - apa yang dah sakitkan hati hyung ke? " Separuh merayu Jongho cuba untuk meminta penjelasan atas tindakan Seonghwa.
" Takda apalah. Dahlah, tepi. Reum dah nak datang tu. " Lelaki dewasa itu cuba mencari alasan untuk mengelak.
Namun Jongho masih tidak berhenti. Lengan Seonghwa ditarik agar tidak kemana - mana.
" Hyung. Ho bukannya budak lagi. Ho dah besar, Ho tahu bila masanya hyung akan layan Ho macam biasa ataupun lain. Jadi, kalau Ho ada buat silap dengan hyung, tolonglah bagitahu apa yang Ho dah buat silap supaya Ho boleh ubah diri Ho untuk tak sakitkan hati hyung lagi. "
Seonghwa mengalihkan pandangannya dan memandang ke arah si adik. Mata lelaki itu sudahpun berair, menunjukkan dia betul - betul terdesak untuk tahu apa 'dosa'nya pada abangnya.
" Kalau kau nak tahu sangat, hyung boleh bagitahu kau. " Entah buat kali ke berapa, dia merentap tangannya yang dipegang si adik. Seonghwa menghembus kasar nafasnya.
" Hyung dengar apa yang kau cakap dengan Hongjoong semalam. " Seperti yang disangkalkan, Jongho benar - benar kelihatan sangat terkejut.
" Hyung nak tanya kau, dah berapa lama kau simpan perasaan dekat Yeolreum? "
Soalan itu tidak terjawab. Jongho tertunduk memandang lantai. Rahsia yang disimpan entah berapa bulan seorang diri, akhirnya diketahui sendiri oleh Seonghwa, orang yang dia langsung tidak mahu orang itu tahu akan rahsia yang disimpannya.
" Hyung tanya kau ni, kenapa kau tak jawab? Hyung dah jawab soalan kau, kenapa soalan hyung, kau tak boleh jawab? Hyung tanya, dah berapa kau simpan perasaan dekat Yeolreum? "
" Sejak hari hyung bawa balik Yeolreum ke rumah kita. Sejak tulah, Ho sukakan dia! " Mata si abang dicerlung. Berombak dadanya tatkala meletakkan beribu perasaan yang ada pada dirinya dalam jawapannya.
Sakit, terlalu sakit memendam rasa ini sendirian. Sakit apabila dia terpaksa melepaskan gadis itu tanpa sempat untuk membuka langkahnya. Sakit, sakit bila hati gadis yang disukainya itu kini ialah milik abangnya sendiri. Sangat sakit.