❀ 제 04 장 ❀

830 141 45
                                        

⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌Kunci Mana Kunci?⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌Dandelion┃AB6IX

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌
Kunci Mana Kunci?
⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌
Dandelion┃AB6IX

══❍ ❀ ❍══

Assalammualaikum dan hai! ❤ hope korang berada dalam keadaan sihat dan sentiasa dilindungi tuhan.

Terima kasih untuk semua yang sudi membaca fanfic ni, sama ada korang ni atiny atau tidak. ✨ Terima kasih juga untuk 200 reads! ❤

Enjoy Your Reading!

══❍ ❀ ❍══

Tiga hari berlalu sejak dia dimasukkan ke dalam hospital, hari ini doktor telah memberikan kebenaran untuk Yeolreum pulang ke rumahnya. Gadis itu berasa sangat gembira kerana telah dibenarkan pulang.

Selama gadis itu berada di hospital, Seonghwa tidak henti-henti datang melawat dan menjaga gadis itu sehinggakan mereka kini sudah seperti kawan rapat.

Namun Yeolreum masih janggal akan lelaki itu. Mungkin kerana Seonghwa merupakan lelaki pertama yang hadir dalam hidupnya setelah Mingi.

Pada masa yang sama, dia masih tidak dapat melupakan Mingi. Tetapi, dia tetap akan cuba untuk melupakan lelaki itu.

Tepat pada pukul 11 pagi, pintu gelangsar diseret ke tepi, susuk tubuh Seonghwa kelihatan di muka pintu dengan sebuah senyuman lebar di bibirnya.

" Morning, Yeolreum-ah. " Sapa lelaki itu sambil menutup pintu wad.

" Ne. Good morning, Seonghwa-ssi. " Sahut Yeolreum. Senyuman di bibirnya mulai terukir sebaik melihat wajah lelaki itu.

" So, harini awak dah rasa sihat ke? Dah tak sabar nak balik? " Plastik makanan diletakkan di atas meja petak beroda itu.

" Ye! Mestilah. Nak balikkan? Siapa je tak teruja. " Yeolreum tersengih melihat Seonghwa yang tersenyum melihat telatahnya.

" Baguslah. Memang duduk dekat hospital ni bosan. Takda siapa pun yang nak tinggal dekat hospital. " Kata Seonghwa.

" Memang pun. Awak pernah masuk hospital ke? " Yeolreum bertanya sekadar mahu berbasa-basi.

" Pernah. Kes kemalangan. Waktu sekolah tinggi. " Jawabnya ringkas. Gadis itu terangguk-angguk dengan jawapan si jejaka.

" Eh! Jomlah berkemas. Tengahari ni, awak dah boleh keluar. Saya akan hantar awak balik ke rumah awak terus lepas makan tengahari nanti. " Suara lelaki itu yang kedengaran sedap menyapa telinganya, sentiasa membuatkan Yeolreum tidak putus-putus tersenyum.

" Okay! Jom! " Kain selimut diselak ke tepi dan Yeolreum menurunkan kakinya ke lantai.

Seliparnya disarungkan ke kaki. Dia berjalan ke arah loker kecil yang disediakan untuk menyimpan pakaian. Beg kertas yang tersimpan pakaian yang dipakainya sewaktu masuk ke hospital, diambilnya.

𒆜 𓊈박성화𓊉 𐪟 BOYFRIEND MATERIAL ⩩Where stories live. Discover now