[ current status ; complete! ]
Park Seonghwa ft. Han Yeolreum.
Dia mahu gadis itu bahagia dan dia mahu orang yang membuat gadis itu bahagia adalah dirinya sendiri.
⚠️ mengandungi typo dan bahasa
yang macam minta penampar online.
― ' no copycat zone...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌ Tidur dengan Hyung <3 ⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌
Assalammualaikum dan hai 🐻 Ini double updatenya ❤
Yayan kan tengah edit fanfic ni dari chapter first, lepas tu baca typo sendiri ....😌 macam mana korang faham typo alien? 😭 dengan ayat tunggang - langgang 😭
Ya ampun cringe woi baca fanfic sendiri 😭
Selamat membaca 🌼
══❍ ❀ ❍══
Pisau yang dipegang terlepas dari tangan. Darah segar menitik - nitik di atas papan pemotong. Hongjoong meringis sakit.
Jemari kanannya mencengkam tangan kiri yang luka akibat terhiris pisau tajam. Luka yang muncul kelihatan dalam jika dilihat pada darah yang mula membasahi papan pemotong. Dan beberapa titisan jatuh pada sayur - sayuran di atas papan.
Kesemua yang berada di situ memandang dengan pandangan risau namun mereka tidak boleh berbuat apa - apa kerana masing - masing tidak dapat melepaskan periuk dan senduk mereka.
" Joong! Pergi basuh luka kau dekat singki. " Seonghwa menoleh dengan riak risau. Berkerut dahinya bimbang melihat si adik yang meringis.
Minyoung berlari anak mendapatkan Hongjoong sebaik sahaja perasan akan situasi yang berlaku.
" Gwaenchana, oppa. Saya ada. " Suara seorang wanita menarik perhatian Seonghwa.
" Eo, Minyoung-ah. Tolong tengokkan Hongjoong. " Minta Seonghwa.
Dia menghelakan nafas lega menyedari keberadaan wanita itu di situ. Sejak dari awal lagi, wanita itu menjadi pembantu Wooyoung dalam memotong sayur - sayuran seperti Hongjoong tadi.
" Nae! "
" Hongjoong oppa. Sini saya tolong oppa. " Lengan lelaki itu dipegangnya dan dipimpin mendekati singki untuk mencuci darah yang mengalir.
Kemudiannya, Minyoung menarik pula Hongjoong ke bilik staf. Hongjoong disuruh untuk duduk di bangku panjang yang berada di pertengahan bilik staf itu.
Peti kecemasan yang disediakan oleh pihak restoran diambil sebelum dia turut menyertai lelaki itu duduk di kerusi.
Minyoung mula merawat luka pada jari lelaki itu. Dia mulakan dengan menyapu ubat antiseptik untuk mengelakkan jangkitan kuman.
Semasa wanita itu sedang sibuk mencuci lukanya, Hongjoong menatap wajah wanita itu. Minyoung benar - benar kusyuk dengan kerjanya.
" Macam mana boleh cuai? " Pertanyaan itu memecahkan kesunyian di dalam bilik staf.
" E-eo..? A-ani.. " Perlahan - lahan dia menggelengkan kepalanya, lagak seperti seorang kanak - kanak cuba menafikan sesuatu.