⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌
Lunch
⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌Assalammualaikum dan hai! ❤ hope korang berada dalam keadaan yang sihat dan sentiasa dilindungi tuhan. 💌
Pertama sekali, maaf untuk sentiasa late update 😭🙏 maafkan yayan tau 🥺
Second, yayan nak ucapkan berbanyak terima kasih untuk semua sayang yayan yang sudi sokong yayan dengan mengvote dan comment sehinggalah kita berjaya dapat 2K VOTES! 🥳🎊
It's okay, no goals for this chapter! Feel free to read it peacefully! ❤
Terakhir kali, yayan harap korang enjoy baca chapter kalini 💕
══❍ ❀ ❍══
Sudah seminggu berlalu sejak pertemuan kembali Seonghwa dan Yeeun setelah beberapa tahun. Dan selama seminggu itu jugalah Seonghwa menyibukkan dirinya dengan menyiapkan segaala kerja berkaitam projek di antara syarikatnya dan syarikat di mana Yeeun bekerja.
Dia ingin segera menamatkan projek itu agar dia tidak lagi perlu bersua muka dengan wanita itu lagi.
Semuanya akan jadi baik - baik sahaja jika dia terus - menerus menjauhi wanita itu mahupun membiarkan wanita itu mendekatinya. Ya, apa yang Hongjoong katakan sememangnya benar. Dia baik - baik sahaja sekarang ini.
Tok! Tok!
Seonghwa menjatuhkan pen yang digunakannya untuk menulis ke atas meja sebelum dia melangut memandang pintu yang baru sahaja diketuk.
" Masuk! " Laungnya. Tubuh disandarkan pada penghadang kerusi pejabatnya. Terasa lenguh bahu dan tangannya kerana tidak henti - henti menulis.
Pintu perlahan - lahan dikuak dan pembantu peribadinya, Cik Na menjengukkan kepalanya ke dalam sebelum membolos masuk.
" Ya, Cik Na? "
Cik Na Jinjoo tersenyum nipis. " Sajangnim dah bersedia ke nak pergi makan tengahari? " Sejurus itu, Seonghwa mengerling ke arah jam tangannya.
" Ah! Dah masuk tengahari. " Seonghwa meraup wajahnya sambil mengeluh.
Bagaimanalah dia boleh terlalu leka membuat kerja sehinggakan terlupa waktu makan tengahari sudahpun tiba? Lagikan pula dia sudah berjanji untuk membelanja kumpulan pekerjanya yang menguruskan projek ini makan tengahari.
" Oh ya, sajangnim! Harini Cik Baek— " Seonghwa mendengus membuatkan Cik Na berhenti.
Lagi - lagi nama wanita itu!
" Awak keluarlah dulu, Cik Na. Saya akan keluar kemudian. Hal ni kita cakap nanti - nanti sajalah. " Kata Seonghwa.
Tidak membantah, wanita yang siap berpakaian formal itu mengangguk. Dia menunduk hormat sebelum berlalu keluar dari bilik majikannya.
YOU ARE READING
𒆜 𓊈박성화𓊉 𐪟 BOYFRIEND MATERIAL ⩩
Fanfiction[ current status ; complete! ] Park Seonghwa ft. Han Yeolreum. Dia mahu gadis itu bahagia dan dia mahu orang yang membuat gadis itu bahagia adalah dirinya sendiri. ⚠️ mengandungi typo dan bahasa yang macam minta penampar online. ― ' no copycat zone...