[ current status ; complete! ]
Park Seonghwa ft. Han Yeolreum.
Dia mahu gadis itu bahagia dan dia mahu orang yang membuat gadis itu bahagia adalah dirinya sendiri.
⚠️ mengandungi typo dan bahasa
yang macam minta penampar online.
― ' no copycat zone...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌ Siapa Cik Yeeun?
⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌
Assalammualaikum dan hai! ❤ Here I'm back with 14K 🥳🎊
Comments goal? YES! “ 5 ” Sebelum yayan up second chap? 😆 Thank you! ❤
Enjoy reading! 💕
══❍ ❀ ❍══
Pintu gelangsar automatik pusat beli - belah, terbuka luas seolah - olah sedang menyambut kehadiran mereka berlapan ke situ.
Sedar atau tidak, ini merupakan kali pertama untuk mereka dapat pergi membeli - belah bersama - sama.
Lengan Seonghwa ditarik oleh Yeolreum sehingga dia terpaksa berundur ke belakang. Gadis itu ingin berjalan beriringan dengannya tanpa diperasan oleh enam orang lelaki lain di hadapannya kerana tidak mahu diusik.
Jari - jemari tangan lelaki itu dikunci dengan jemarinya. Terasa rindu pula pada lelaki itu setelah seminggu lebih dia tidak melihat wajah teman lelakinya.
Pulang dari sekolahpun, Hongjoong ataupun San yang akan mengambilnya dan Jongho selama seminggu yang lepas.
" Mwohaeyong?~ " Yeoreum bersuara sambil menghayunkan tangan mereka ke depan dan ke belakang.
" Awak pergi mana minggu lepss? " Yeolreum menanyakan sebuah soalan yang sememangnya dia teringin hendak menanyakannya pada lelaki itu.
" Saya tak pergi mana - manapun. Ada je dekat pejabat. Kerja banyak sangat. Lagi - lagi bila ada projek baru yang nak dilancarkan. " Jawab lelaki itu sambil mengeluh.
Dia memandang teman wanitanya yang mengangguk faham. " Patutlah. Saya fikirkan awak ada pergi buat lawatan dekat mana - mana. "
" Aik! Hongjoong tak bagitahu apa - apa ke? " Seonghwa mengerling belakang tubuh Hongjoong yang sedang berjalan dengan Wooyoung.
" Tak pun. Masa tu, dia dengan Sanie oppa pun langsung tak cakap apa - apa pun. Mungkin diorang fikir awak dah bagitahu saya kot. " Jelas Yeolreum.
" Sorry sebab saya tak sempat nak bagitahu awak. " Seonghwa bersuara dengan rasa bersalah.
Sememangnya selama seminggu yang lepas tidak banyak yang dia bualkan dengan gadis itu. Dia hanya akan memesej gadis itu untuk mengucapkan selamat malam sahaja sebelum masuk tidur. Ingin pesan pada San atau Hongjoong, dia sendiri pula yang terlupa.
" Tak apa, lepas ni saya akan beritahu awak awal - awal kalau saya ada apa - apa kerja nak buat atau nak pergi mana - mana sekalipun. "
Yeolreum menggeleng kecil. " Wae? Saya ni girlfriend awak, bukannya warden awak sampaikan mana - mana awak nak pergi, awak kena bagitahu saya. " Dia tersenyum melihat kening lelaki itu bercantum akibat berkerut. Aigoo, comel!