[ current status ; complete! ]
Park Seonghwa ft. Han Yeolreum.
Dia mahu gadis itu bahagia dan dia mahu orang yang membuat gadis itu bahagia adalah dirinya sendiri.
⚠️ mengandungi typo dan bahasa
yang macam minta penampar online.
― ' no copycat zone...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
================== Baek Yeeun ==================
Assalammualaikum dan hai! 😁 Selamat menyambut hari merdeka yang ke 63! Semoga Malaysia akan sentiasa aman dan damai dan insyaallah, isu COVID-19 ni dapat kita cegah sama - sama! ❤🇲🇾 #MalaysiaPrihatin
Alhamdulillah, berkat korang semua kita tengah on the way untuk dapatkan 2K votes. 🥳
Kalau kalini, yayan nak VOTES boleh? Boleh tak kita cuba dapatkan 20 votes untuk chapter ni?
Yayan akan rasa sangat - sangat bersyukur kalau kita dapat capai 20 votes! 😁❤
Selamat membaca! 🍒
══❍ ❀ ❍══
Kereta jenama Alphard berhenti di hadapan pintu masuk sebuah syarikat yang terbina tinggi melangit. Pintu kereta dibuka oleh penyambut tetamu.
Park Seonghwa yang merupakan pemilik bangunan tinggi melangit itu keluar dari keretanya. Dia membutangkan dua butang pada jaket suitnya itu sebaik sahaja keluar.
Jam berjenama di pergelangan tangannya dikerling sebelum membuka langkah besar memasuki lobi syarikatnya sendiri sambil diikuti oleh seorang pembantu peribadinya dan dua orang pengawal peribadi.
Dia langsung tidak sangka perjumpaan dengan pembeli - pembeli saham baharu, akan mengambil masa yang agak lama kerana semua sibuk berbual. Merapatkan diri dengan berbual tentang hobi dan beberapa perihal diri, membuatkan dia sedikit terleka.
Jam kini sudah hampir menunjukkan pukul 12 tengahari. Dia bimbang sekiranya dia lewat, ianya akan membuat orang yang akan berurusan dengannya selepas ini akan berasa kesal atas kelewatannya.
" Pejabat saya dah kemas? " Soalnya kepada pembantu peribadinya, Na Jinjoo.
" Dah, sajangnim. Tapi, mungkin lagi selesa kalau kita buat dalam bilik mesyuarat. " Cik Na memandang wajah CEO itu, ingin melihat jika pendapatnya diterima.
Seonghwa mengangguk. " Boleh je. Kita terus pergi situ. Encik Kim dah datang? " Soal Seonghwa lagi, ingin memastikan semuanya berjalan dengan lancar.
" Ya, Encik Kim Hongjoong pun baru— " " Annyeonghaseyo, Park sajangnim. "
Seonghwa mengerling ke arah Hongjoong yang sedang mendekatinya dengan senyuman sarkastik di bibirnya. Lelaki itu menggulingkan bebola matanya dengan perangai sahabatnya itu.