❀ 제 47 장 ❀

194 40 44
                                        

⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌Bergaduh⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌
Bergaduh
⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌

Assalammualaikum dan Hai! 😝 nah yayan drop another update utk korang 🥺🥰

Thank you kepada korang yang always komen untuk cerita ni and thank you juga untuk yang sudi baca dan vote. Kalau korang nak followback dari yayan, jangan segan silu untuk mintak. Yayan nak kenal dengan lebih banyak atiny ❤

Selamat membaca! 💖

══❍ ❀ ❍══

Kereta milik Seonghwa berhenti di hadapan pagar sekolah Jongho dan Yeolreum. Seonghwa memandang ke belakang melalui cermin pandang belakang kereta.

Dia melihat adiknya mulai menyimpan iPodnya ke dalam beg sekolahnya dan menggalas beg itu ke bahu. Tingkah laku lelaki itu diperhati oleh pasangan kekasih yang berada di seat hadapan itu.

Wajah Yeolreum langsung tidak dipandangnya, dia hanya mengerling ke arah cermin sahaja untuk melihat abangnya.

" Ho pergi dulu, hyung. Gomawo sebab hantar Ho. " Ucapnya. Dia membuka pintu kereta dan membolos keluar tanpa sempat Yeolreum memanggilnya.

" Annyeong, Hwa. Saya pergi dulu eo. Gomawo sebab hantarkan. " Yeolreum bergegas memakai beg sekolahnya ke bahu sebelum keluar dari kereta.

Dia cuba mengejar langkah Jongho. Nama Jongho dipanggil - panggilnya namun lelaki itu langsung tidak berhenti mahupun menoleh.

Langkah semakin perlahan lalu berhenti secara mengejut apabila matanya menangkap Jongho yang berjalan menghampiri Na Haeun dan rakan - rakannya yang sedang menunggu di tiang koridor.

Yang lebih membuatkan Yeolreum terkedu ialah Jongho kelihatan terlalu rapat dengan Haeun sehinggakan lelaki itu berani meletakkan lengannya ke bahu Haeun. Apatah lagi gadis itu yang menerima sentuhan mesra dari lelaki itu dan membalasnya dengan memeluk pinggang lelaki itu.

Apa yang sedang berlaku?

Ani... Bagaimana semua ini boleh berlaku?

Dari jauh, Yeolreum dapat menangkap senyuman sinis Haeun ke arahnya, menunjukkan yang dia sudahpun menang.

══❍ ❀ ❍══

Waktu pertama dan kedua tamat dengan deringan bunyi loceng yang berbunyi nyaring. Guru semasa melangkah keluar sebaik tamat waktunya.

Yeolreum memandang lama telefon bimbitnya yang disorokkan di bawah laci meja. Bibir bawahnya digigit sekali - sekala.

Telefon itu dihidupkan dan kata laluan dimasukkan. Muncul ruang perbualan antaranya dan Jongho. Mese terakhir di antara mereka ialah mesej dari Jongho dan ianya dari hampir sebulan lalu.

𒆜 𓊈박성화𓊉 𐪟 BOYFRIEND MATERIAL ⩩Where stories live. Discover now