❀ 제 15 장 ❀

748 93 13
                                        

⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌Rumah Yeolreum pt2⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌The Letter┃ATEEZ

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌
Rumah Yeolreum pt2
⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌
The Letter┃ATEEZ

══❍ ❀ ❍══

Assalammualaikum dan hai! ❤ yes! Second update seperti yang dijanjikan. Terima kasih untuk yang sudi mengvote dan mengcomment. 🌸

Enjoy your reading! ❤

══❍ ❀ ❍══

Di ruang dapur, mereka berempat sibuk menghidangkan makanan. Seonghwa dan Yeosang membantu Puan Han dengan menghidangkan makanan di atas meja makan.

Yang lain pula berada di ruang tamu sedang menonton televisyen sambil menunggu makanan siap dihidang. Ada juga yang sedang bermain dengan permainan papan yang ada di ruang tamu itu.

Jongho tidak senang duduk kerana bosan. Rancangan yang dipasang tidak menarik perhatiannya dan hyung-hyungnya yang bising bermain juga tidak dia layan.

Dengan menghembuskan keluhan, lelaki itu bangkit dari sofa dan mengorak langkah ke arah dapur. Dia ingin menjenguk apa yang sedang hyung-hyungnya lakukan sekaligus dia mahu melihat apa yang bakal dihidangkan. Mungkin mereka juga memerlukan bantuannya.

" Hyung, ada apa-apa tak yang Ho boleh tolong? Bosanlah duduk dengan diorang. " Rungutnya pada Seonghwa yang baru saja mengambil hidangan yang diletakkan di dalam pinggan dan dibawa ke meja.

" Takdalah, Ho. Cuba pergi tanya Reum. " Si adik mengangguk lalu melangkah ke arah kaunter dapur. Pandangannya jatuh pada Puan Han yang sedang menghias sesuatu di dalam dulang besi manakala Yeolreum pula sedang membancuh air lemonade.

" Ahjumma, ada apa-apa tak yang boleh Ho tolong? Ho bosanlah. " Rungutnya keanak-anakan.

Wanita berusia lewat 40-an itu mendongakkan kepalanya dari dulang besi itu dan memandang ke arah lelaki yang sedang duduk di kerusi berhadapan kaunter dapur itu.

" Tolong? Kamu nak tolong ahjumma? " Jongho mengangguk dengan agresif menunjukkan dia benar-benar mahu membantu.

" Bolehlah, tolong ahjumma... "

" Tolong apa? " Beria dia bertanya.

" Tolong tengok, boleh? " Yeolreum ketawa melihat bibir Jongho yang mulai memuncung.

" Bolehlah tu, ahjumma. Janji tolong. " Cepat benar dia setuju. Puan Han ketawa kecil melihat remaja yang sebaya dengan anaknya itu.

𒆜 𓊈박성화𓊉 𐪟 BOYFRIEND MATERIAL ⩩Where stories live. Discover now