[ current status ; complete! ]
Park Seonghwa ft. Han Yeolreum.
Dia mahu gadis itu bahagia dan dia mahu orang yang membuat gadis itu bahagia adalah dirinya sendiri.
⚠️ mengandungi typo dan bahasa
yang macam minta penampar online.
― ' no copycat zone...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌ The Victim ⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌
Assalammualaikum dan hai. Memandangkan harini ialah hari yang special. To be exact, tahun ni tahun paling bermakna bagi aku nyah. 😭
Yelah, Yayan jujur di sini. Sebenarnya harini bday seya 👀 and apa yang aku tak pernah bayangkan ialah aku dapat hadiah birthday tahun ni and you know whut, hadiah birthday aku tu semuanya album 😭
Tak pernah weyh keluarkan duit sendiri untuk beli apa yang kau nak sebab memang broke gila lagipun aku tak tahu macam mana nak online shopping but tahun ni, ada orang lain yang keluarkan duit diorang untuk belikan aku hadiah 😭❤
Memandangkan shaya baik harini, jadi shaya dropkan triple update untuk anda hehet 🤭
Selama membaca! 🍒
══❍ ❀ ❍══
Han Yeolreum menapak turun dari tangga rumahnya. Derapan tapak kakinya sudah cukup memenuhi segenap ruang rumah yang luas namun kosong. Berbeza dengan rumah Seonghwa, dia di sini hanya tinggal berduaan sahaja dengan eommanya.
Tidak hairanlah rumah mereka sentiasa sunyi dan Yeolreum lebih gemar di rumah Seonghwa. Namun seandainya dia kerap ke sana, kasihan pula dia pada si eomma. Lagikan pula dia sendiri tidak pasti sudah berapa lama dia tidak ke sana.
" Eo, Reum-ah. " Sapaan Puan Han mengejutkan satu - satunya anak tunggal itu.
Dia menerpa mendekati kaunter dapur di mana eommanya kini sedang menyediakan sarapan untuk mereka berdua.
" Eomma. Eomma cuti ke harini? " Yeolreum bertanya, teruja melihat eommanya di rumah pada ketika ini. Sedangkan pada kebiasaannya, wanita itu sudahpun keluar pada awal pagi untuk ke tempat kerja.
" Eomma ambil half-day je harini. Eomma rasa penat sikitlah. " Adu Puan Han.
Si anak hanya memerhatikan si ibu dengan senyuman. Wanita ini ialah wanita yang sangat hebat dalam hidupnya. Wanita ini menggalas tanggungjawab sebagai kedua ibu dan bapanya dengan baik. Wanita ini sentiasa bekerja keras untuk memberikan kehidupan yang senang buat mereka. Dia benar - benar kagum dengan ketekunan wanita itu yang tidak kenal erti putus asa.
" Kenapa ambil half-day je? Tak cukup tu. Eomma sepatutnya ambil cuti beberapa hari untuk berehat dekat rumah. " Tegur Yeolreum.
Puan Han tersenyum. " Andwae.. Mana boleh macam tu. Eomma kenalah tolong ahjumma, ahjusshi dekat kedai tu. Eomma fikir, eomma nak ambil pekerja separuh masa nanti. Sekurang - kurangnya boleh bergilir - gilir. " Kata eommanya.