⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌
Perangai Pelik
⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌Nah, ni double updatenya 💓
Selamat membaca! 🍓
══❍ ❀ ❍══
Datang dengan hati yang gembira dan suasana yang ceria namun siapa sangka, mereka akan pulang dengan suasana yang muram.
Jongho, Mingi dan Yunho membontoti Seonghwa yang mendahului mereka ke arah keretanya, mereka hanya mendiamkan diri mereka.
Yunho menguis lengan Jongho, menarik perhatian lelaki itu untuk berpaling ke arahnya.
Lelaki itu memuncungkan bibirnya ke arah pintu penumpang di sebelah pemandu, memberi isyarat kepada Jongho.
Si adik tidak mempersoalkannya dan memanjat masuk ke dalam kereta dan duduk di kerusi bersebelahan Seonghwa.
Melalui ekoran mata, dia melihat keadaan abangnya yang kelihatan bengang dengan apa yang telah terjadi lelagi dengan perangai Yeolreum.
Tali pinggang keledar ditarik dan dililitkan ke tubuhnya. Yunho dan Mingi turut memasuki perut kereta dan duduk di seat belakang.
Merasakan sesuatu semasa menggerakkan kakinya, Jongho menunduk dan mengangkat beg sekolah Yeolreum yang ditinggalkannya.
Mata mereka berempat jatuh pada beg itu. Seonghwa mengeluh kasar, perasaannya bercampur baur pada ketika itu.
" Beg ni biar Ho simpan. Nanti Ho bagi dekat Hoyoung atau Seyoon untuk pulangkan pada Reum. " Jongho bersuara namun Seonghwa hanya mendiamkan dirinya.
Tanpa berkata apa - apa, Seonghwa menghidupkan enjin keretanya dan mulai memandu pulang. Hongjoong dan yang lain tidak ikut pulang sekali kerana mereka terpaksa membeli - belah juga kerana barang dapur mereka semakin berkurangan.
══❍ ❀ ❍══
Pintu rumah dibuka luas. Seonghwa segera menggantikan kasutnya dengan selipar rumah dan kemudiannya dia berlari naik.
Dia langsung tidak membuka suara sepanjang pulang. Mereka bertiga tidak pasti apa perasaan lelaki itu pada waktu ini tapi yang pasti mereka perlu memberinya masa untuk menenangkan diri. Begitu juga dengan Yeolreum, mereka memerlukan masa bersendirian.
" Takpa ke kalau kita biarkan Hwa hyung sorang - sorang? " Jongho bertanya kepada dua orang abangnya.
" Gwaenchana, Ho-yah. Setiap orang perlukan masa bersendirian untuk berfikir dan tenangkan diri. Buat masa sekarang ni, kita biarkan dulu Hwa hyung berehat. " Jongho mengangguk faham.
Mereka tahu pergaduhan dan salah faham itu merupakan perkara biasa yang berlaku dalam sesuatu hubungan tetapi ini agak mengejutkan kerana ini ialah kali pertama seseorang di dalam rumah ini menjalinkan hubungan.
YOU ARE READING
𒆜 𓊈박성화𓊉 𐪟 BOYFRIEND MATERIAL ⩩
Fanfiction[ current status ; complete! ] Park Seonghwa ft. Han Yeolreum. Dia mahu gadis itu bahagia dan dia mahu orang yang membuat gadis itu bahagia adalah dirinya sendiri. ⚠️ mengandungi typo dan bahasa yang macam minta penampar online. ― ' no copycat zone...