[ current status ; complete! ]
Park Seonghwa ft. Han Yeolreum.
Dia mahu gadis itu bahagia dan dia mahu orang yang membuat gadis itu bahagia adalah dirinya sendiri.
⚠️ mengandungi typo dan bahasa
yang macam minta penampar online.
― ' no copycat zone...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌ Pembawa Bala ⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌
Double update! 😁❤
══❍ ❀ ❍══
" Nae? "
Terbuntang Jongho mendengar kata - kata gadis itu.
" I tanya ni, you ni boyfriend baru Yeolreum ke bukan? " Gadis itu bernama Haeun itu mengulangi soalannya.
Jongho yang tercengang tidak memberikan sebarang jawapan namun bertanya semula.
" Awak ni siapa? Macam mana boleh kenal Yeolreum? "
Lelaki itu benar - benar tidak selesa dengan tingkah - laku si gadis. Lihat sahajalah bagaimana gadis itu memandangnya. Langsung matanya tidak lari dari diri Jongho.
" I tak sangkalah, pandai pulak Yeolreum pilih teman lelaki kalini. Handsome. " Tangan Haeun yang mendarat di bahunya dipandang lama sebelum kembali menatap wajah gadis itu. Tangan yang memegang bahunya, diturunkan.
" Yeolreum pandai atau tak, ikut suka hati dialah. Takda kaitan dengan awak. " Mangkuk mi yang ditunggu kembang itu dibuka semula. Penyepit kayunya dileraikan.
Dia mula memakan mi segeranya tanpa mempedulikan gadis yang masih lagi memerhatinya itu.
" Perangai Mingi pun sama juga macam ni masa mula - mula. Jual mahal. Sampaikan I terpaksa guna cara lain untuk rapat dengan dia. " Gadis itu tersenyum miring. Jongho kembali memandangnya.
" Kalau I guna method yang sama untuk rapat dengan you, you rasa berkesan tak? " Tambah Haeun lagi.
" Belum tentu lagi method yang sama akan berkesan dekat orang lain, kan? " Jongho tersenyum sinis sambil menjongketkan sebelah keningnya.
" Jadi, you nak I guna method yang lain untuk cuba rapat dengan you? " Penyepit kayu yang dipegang diletakkan di atas mangkuk.
Seleranya terus hilang walaupun hakikatnya dia terasa sangat lapar sekarang ini. Semuanya kerana gadis biadap yang berada di sebelahnya ini.
Sebotol susu pisang yang belum dibukanya itu diambil sebelum Jongho berdiri dari kerusinya. Dia mendekatkan mulutnya pada telinga Haeun lalu berbisik.
" Saya tak pernah jual mahal tapi harga diri saya lebih tinggi jika nak dibandingkan dengan perempuan yang takda harga diri macam awak ni. "
Sejurus itu, Jongho berlalu keluar dari kedai itu meninggalkan gadis itu. Dia berjalan pergi dan memandang ke belakang untuk melihat reaksi gadis itu.
Seperti yang dia sangkakan, gadis itu tidak terasa langsung akan kata - katanya. Mi yang langsung tidak disentuhnya itu kini dimakan oleh gadis itu dan sesekali gadis itu mengangkat tinggi minumannya yang tidak dihabiskan itu dan menyedut air itu menggunakan penyedut minuman yang digunakannya tadi.