[ current status ; complete! ]
Park Seonghwa ft. Han Yeolreum.
Dia mahu gadis itu bahagia dan dia mahu orang yang membuat gadis itu bahagia adalah dirinya sendiri.
⚠️ mengandungi typo dan bahasa
yang macam minta penampar online.
― ' no copycat zone...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌ Yang Mana Satu? ⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌
Ini double updatenya 😁 jangan lupa sokong SOAD! ✨
Selamat membaca! 🌺
══❍ ❀ ❍══
Hari - hari yang sukar di sekolah berlalu pergi menggantikan hari - hari yang tenang buat Yeolreum.
Sepanjang bertahun - tahun dia ke sekolah, ini merupakan masa persekolahan yang paling menenangkan. Tenang tanpa kewujudan Haeun.
Dia dapat belajar di sekolah tanpa diganggu lagi. Dia bersama Byul dan Chorong juga berkawan dengan baik.
Sekali lagi dia dapat melihat sisi lain mereka berdua. Mereka berdua sangat ramah dan banyak bercakap sehinggakan dia tidak kekok dengan mereka.
Pada pagi tadi, dia dan Jongho ke sekolah dengan Seonghwa seperti sediakala. Lelaki itu begitu gembira ingin menghantar mereka setelah sekian lama.
Kringgggg~
Bunyi loceng sekolah berbunyi menandakan tamat sudah kelas mereka dan tiba juga waktu rehat.
Gadis itu bangkit dari kerusinya dan meluru ke arah pintu kelas bersama - sama dengan Seyoon dan Hoyoung.
Mereka dijemput oleh Doyoung, Yeonwoo dan Jongho dari kelas A serta Byul dan Chorong dari kelas C untuk mengajak mereka bertiga makan bersama - sama dan menghabiskan waktu bersama - sama sebelum masing - masing membawa diri setelah tamat sekolah tinggi.
Seyoon melentokkan kepalanya pada bahu Byul sambil mengeluh panjang. " So, CSAT kita dua minggu lagilah? Haish.. Malas betul aku nak hadap buku. Kalau bukan sebab si Haeun tu, sekarang ni kita dah boleh habiskan masa dengan buat lawatan sekolah dah. " Rungutnya.
Manakan tidak, sekolah lain masing - masing sudahpun merancang lawatan mereka selepas CSAT untuk melakarkan kenangan indah sebelum graduasi, tetapi mereka? Terpaksa menghadap CSAT buat kali kedua.
" Nak buat macam mana weyh? Kalau masa boleh diulang, dah lama aku tahan minah tu dari buat kerja gila. Menyusahkan satu sekolah. " Dengus Doyoung.
Yang lain hanya mampus mengukirkan senyuman nipis. Mereka juga terkesan dengan tindakan bodoh Haeun.
Tiada siapa mahu menghadap peperiksaan penting sebanyak dua kali, tapi lihatlah apa yang dia buat pada mereka satu sekolah.
" Gwaenchana. Ssaem kan dah cakap lawatan kita takkan dibatalkan, lepas habis exam, kita dah boleh pergi sama - sama dah. Sabarlah. " Jongho bersuara, memujuk rakan - rakannya.
" Agak - agaknya kan, apa dah jadi dengan dia? " Soal Yeonwoo pula.