[ current status ; complete! ]
Park Seonghwa ft. Han Yeolreum.
Dia mahu gadis itu bahagia dan dia mahu orang yang membuat gadis itu bahagia adalah dirinya sendiri.
⚠️ mengandungi typo dan bahasa
yang macam minta penampar online.
― ' no copycat zone...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌ Jiran Sebelah ⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌ Dancing Like Butterfly Wings┃ATEEZ
══❍ ❀ ❍══
Assalammualaikum dan hai! ❤ hope korang berada dalam keadaan yang sihat dan sentiasa dilindungi ⛅
Sorry sebab update lambat. Macamlah tak kenal Yayan, kan? 😂
Guys... Tahun baru dah bak start 😭 aku malas nak sekolah 😌 lagi - lagi pula dah nak PT3 😭💔
🌸 Enjoy Your Reading! 🌸
══❍ ❀ ❍══
Usai sahaja Seonghwa, Yeolreum dan Jongho siap menghidangkan sarapan pagi, seorang demi seorang rakan-rakan mereka turun ke meja makan.
Masing-masing melabuhkan punggung mereka di kerusi masing-masing. Mata tidak terlepas memandang hidangan sarapan pagi di atas meja.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Yunho, San, Wooyoung dan Hongjoong duduk di bahagian kanan sisi meja manakala Yeosang, Seonghwa, Yeolreum dan Jongho pula duduk bertentangan dengan mereka.
San bangkit dari kerusinya lalu mencapai jag air yang berisi susu soya. Dia menuangkan susu soya itu ke dalam setiap cawan milik mereka.
Usai mengucapkan terima kasih, masing-masing mulai menjamu sarapan pagi sandwich mereka yang dibuat oleh Yeolreum, Seonghwa dan Jongho.
" Harini Joong hyung ada meeting ke? " San bertanya sambil menoleh ke arah Hongjoong yang duduk di sebelah Wooyoung.
" Ha ah. Sampai pukul 12 nanti. Meeting sesama staf je. " Lelaki yang berpakaian kemeja putih panjang dan seluar slack hitam itu menjawab.
" Kau ni memang tak pernah reti pakai suit yang lengkap ke, Joong? " Soal Seonghwa, lebih kepada teguran.
Masing-masing memandang Hongjoong apabila disebut. Ditelitinya cara pemakaian Hongjoong.