⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌
Na Haeun
⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌
I need somebody┃DAY6══❍ ❀ ❍══
Assalammualaikum dan hai. Hope korang semua berada dalam keadaan sihat dan sentiasa dilindungi tuhan. ❤
Janganlah bersedih dan membacalah. Berimaginasi tidak merisikokan diri melainkan terlalu taksub berimaginasi. Berimaginasilah untuk menenangkan diri. ✨
Enjoy Your Reading!
══❍ ❀ ❍══
Hari ini sudah masuk tiga hari Yeolreum tidak menghadirkan dirinya ke sekolah. Dia masih belum bersedia mahu menceritakan apa yang telah berlaku ini kepada sesiapa dan dia tidak bersedia untuk menghadap wajah Haeun.
Pasti gadis itu berasa gembira kerana telahpun berjaya menghancurkan satu-satunya lelaki yang dia ada sekarang.
Ketukan pada pintunya mematikan lamunan gadis itu. Pintu biliknya dipandang.
" Waeyo? " Sahutnya.
" Reum. Eomma dah nak pergi kerja ni. Kalau Reum nak makan, panaskan dulu makanan dekat atas dapur tu, ye? " Suara Puan Han yang berpesan pada anaknya kedengaran di sebalik pintu.
" Eo! Nanti Reum panaskan. Eomma pergilah kerja. " Jawab Yeolreum lagi.
" Ne. Eomma pergi dulu. Jangan buat benda pelik-pelik. Eomma tak suka. " Puan Han berpesan lagi.
Dia peka bahawa anak gadisnya itu mempunyai masalah sehingga dia enggan ke sekolah selama tiga hari ini. Yeolreum langsung tidak mahu membuka mulut untuk menceritakannya.
Dia tidak mahu memaksa gadis itu kerana memikirkan bahawa gadis itu memerlukan masa untuk bersendirian. Jadi, dia akan tunggu sehinggalah anaknya itu sendiri membuka mulut untuk bercerita.
" Eo! " Usai Yeolreum menyahut, Puan Han terus berlalu pergi ke tempatnya bekerja.
Semenjak kematian suaminya dua tahun lepas, Puan Han terpaksa bekerja keras untuk menyara hidupnya dan Yeolreum.
Puan Han telah membuka sebuah bakeri di mana dia menjual pelbagai jenis roti dan kek yang dibuatnya sendiri bersama dengan beberapa orang pekerja yang diupahnya.
Hanya bakeri itu sahaja menjadi tempat untuk dia mencari rezeki buat dirinya dan anak gadisnya.
══❍ ❀ ❍══
❝ Han Yeolreum ❞
Telefon bimbit dan beberapa keping duit yang eomma tinggalkan itu aku ambil dan masukkan ke dalam kedua-dua poket ripped jeansku.
YOU ARE READING
𒆜 𓊈박성화𓊉 𐪟 BOYFRIEND MATERIAL ⩩
Fanfiction[ current status ; complete! ] Park Seonghwa ft. Han Yeolreum. Dia mahu gadis itu bahagia dan dia mahu orang yang membuat gadis itu bahagia adalah dirinya sendiri. ⚠️ mengandungi typo dan bahasa yang macam minta penampar online. ― ' no copycat zone...