[ current status ; complete! ]
Park Seonghwa ft. Han Yeolreum.
Dia mahu gadis itu bahagia dan dia mahu orang yang membuat gadis itu bahagia adalah dirinya sendiri.
⚠️ mengandungi typo dan bahasa
yang macam minta penampar online.
― ' no copycat zone...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
❝ Puzzle Piece ❞ NCT Dream
══❍ ❀ ❍══
Assalammualaikum dan hai! ❤ selamat kembali ke chapter terbaru 😆
Pertama sekali, Yayan nak ucapkan terima kasih untuk 7K! Terima kasih banyak - banyak. ❤
Okay, dekat sini Yayan nak terang sikit. Dekat chapter satu atau dua, Yayan ada sebut pasal Na Eunha (?) Kan? Dekat situ Yayan nak perbetulkan semula. Nama dia Na Haeun, bukan Eunha 😂
Selamat membaca! 💕
══❍ ❀ ❍══
Lirikan matanya langsung tidak lari dari mengikut pergerakan Yeolreum dan seorang lelaki di sebelahnya di mana 'dia' sendiri langsung tidak mengetahui siapakah lelaki itu.
Lihat sahajalah reaksi gadis itu seakan-akan bahagia dengan lelaki itu. Siapa bergelak ketawa lagi. Sungguh menyakitkan hati!
Setelah beberapa minggu dia menghilangkan diri setelah kejadian di mana Yeolreum mengetahui sikap sebenar Mingi yang curang di belakangnya bersama dengan dirinya sendiri, tidak pula dia menyangkakan bahawa gadis itu telahpun menjumpai lelaki yang baharu.
" Hoi, Haeun! Kau tengok apa tu? " Sergah temannya dari belakang. Lehernya dirangkul oleh seorang gadis berwatak agak kasar itu.
" Lepaslah, bodoh! " Tangan yang merangkul lehernya itu ditampar kasar.
Pandangan matanya masih belum lari dari melihat musuhnya yang sedang bergelak ketawa dengan seorang lelaki itu. Semakin sakit hatinya melihat gadis itu.
" Tu, perempuan bodoh tu dah datang sekolah balik. " Gadis bernama Haeun itu menjuihkan bibirnya ke arah pasangan yang sedang berjalan di koridor di seberang jalan.
Rakannya itu menjengukkan kepalanya sedikit ke depan, cuba mencari 'perempuan bodoh' yang dimaksudkan rakan baiknya itu sehinggalah dia menjumpai susuk tubuh yang sudah lama dia tidak lihat di sekolah itu.
" Oh! Han Yeolreum! " Haeun menjeling ke arah rakannya, Byul.
" Perlu ke kau sebut nama perempuan bodoh tu? " Jari telunjuk naik ke dahi Byul lalu menolak-nolak dahinya kasar.
" Tepilah tangan kau, bodoh. " Byul menolak jari Haeun.
" Masih tak sedar diri rupanya perempuan ni. Fikirkan lepas dah tahu aku tidur dengan Mingi, dia akan meroyan. Tak sangka pula masih sempat cari jantan lain. " Tutur Haeun kasar.
" Yelah, diakan lawa, baik pulak tu. Mestilah ramai suka dekat dia. Takkan ada jantan nak cari kau? Kaki kikis. " Haeun mencerlung tajam wajah rakan baiknya itu.