❀ 제 20 장 ❀

456 73 30
                                    

══❍ ❀ ❍══

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

══❍ ❀ ❍══

Assalammualaikum dan hai! ❤ hope korang berada dalam keadaan sihat dan sentiasa dilindungi tuhan 😆

Maaf sebab dah lama tak update, lately Yayan fokus untuk Hidden Savior memandangkan baru dipublish. 🌼

Guys... Boleh tak Yayan nak dapatkan 5 comments untuk chapter ni sebelum Yayan update satu lagi chapter harini? 😭

Papapun, hope korang enjoy dengan chapter kalini. ❤

Selamat membaca! 💕

══❍ ❀ ❍══

Deringan loceng sekolah berbunyi nyaring menandakan waktu persekolahan mereka tamat pada hari itu. Pelajar-pelajar Blue Crescent High School berkemas-kemas untuk berangkat pulang.

Yeolreum menyimpan kesemua peralatan menulisnya ke dalam bekas pensel sebelum dimasukkan ke dalam begnya bersama beberapa buah buku nota.

Dua buah buku rujukannya yang tebal, dipegangnya saja, bimbang akan mengoyakkan beg sekolahnya yang kecil sekiranya dia menyertakannya ke dalam beg.

" Baik semua, sampai di sini saja pelajaran kita pada hari ini. Saya menasihatkan semua agar mengambil serius dalam menyiapkan kerja-kerja kursus kamu kerana markah kerja ini akan membantu meningkatkan gred kamu. " Pesan guru mata pelajaran terakhir itu sambil memerhati seorang demi seorang anak muridnya.

" Dah, kamu boleh pulang. " Ujar guru itu.

Setelah mengucapkan ucapan terima kasih dan selamat tinggal, pelajar kelas 12-B berpusu-pusu keluar dari kelas mereka. Berlainan dengan Yeolreum yang berjalan ke arah kelas Jongho.

Gadis itu menunggu di tepi pintu belakang kelas Jongho dan melihat pelajar-pelajar dari kelas itu mengucapkan selamat tinggal pada guru mereka.

Mereka beransur keluar dari kelas setelah mendapat pelepasan dari guru subjek terakhir mereka. Jongho menjadi beberapa orang yang terakhir keluar bersama rakan-rakannya.

Sebaik matanya mendarat pada Yeolreum, senyuman di bibir lelaki itu melebar. Dia berjalan mendekati si gadis sambil diikuti rakan-rakannya.

" Amboi, Ho. Untunglah ada yang menunggu depan pintu kelas. " Usik salah seorang dari rakannya.

Setahu Yeolreum, mereka ialah rakan-rakan sepasukan dalam permainan bola keranjang yang disertai Jongho.

Melihatkan cara lelaki itu mengusik Jongho, membuatkan dia tahu yang mereka sangat rapat dengan satu sama lain. Tidak dapat dinafikan lagi, lelaki lebih senang berkawan dari perempuan.

" Mengarutlah kau ni. Ni abang aku punyalah. Aku sebagai adik, cuma tolong jadi mata-mata je. " Balas Jongho. Yeolreum langsung tidak mengerti apa yang dimaksudkan lelaki itu dan hanya mampu menggelengkan kepalanya.

𒆜 𓊈박성화𓊉 𐪟 BOYFRIEND MATERIAL ⩩Where stories live. Discover now