❀ 제 48 장 ❀

223 44 73
                                    

⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌Move On⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌How Can I love The Heartbreak, You're The One I Love┃AKMU

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌
Move On
⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌
How Can I love The Heartbreak, You're The One I Love┃AKMU.

Double Update 👻

Selamat membaca! ❤❤

══❍ ❀ ❍══

Lengan si gadis masih kekal di dalam genggaman tangan Jongho. Yeolreum sendiri tidak tahu ke mana lelaki itu mahu mengheretnya. Dia terlalu sibuk mengelap air matanya.

Tidak sempat bersuara, si gadis di bawa masuk ke dalam sebuah bilik. Lengannya ditarik dan dilepaskan membuatkan dia hampir hilang keimbangan namun mujurlah dia segera menstabilkan tubuhnya.

Matanya sibuk memerhatikan Jongho yang berjalan ke hulur hilir, sedang mencari sesuatu. Wajah lelaki itu dipandangnya. Betapa rindunya pada sahabatnya itu namun tiada langsung senyuman yang tercalit di wajahnya.

Hanya dahi yang berkerut. Itupun Yeolreum tidak faham apa maksud raut wajah yang berkerut itu. Risau? Atau masih marah?

Matanya jatuh pada bangku panjang yang terletak di pertengahan jalan. Di kiri dan kanan terdapat deretan loker. Barulah dia sedar di mana mereka berada kini. Bilik persalinan lelaki.

Perlahan - lahan dia melangkah ke situ dan melabuh duduk di bangku yang bersebelahan dengan tingkap. Menunjukkan pemandangan gelanggang bola keranjang yang kini sedang kosong.

Tersentak Yeolreum apabila Jongho secara tiba - tiba melutut di hadapannya. Lengan gadis itu ditarik sehingga ke hadapan wajah lelaki itu. Ditiliknya belakang tangan Yeolreum yang merah.

Percayalah, pada ketika itu, barulah Yeolreum sedar akan rasa sakitnya. Dia memerhatikan Jongho yang mengeluarkan putik kapas. Salah satu hujungnya dipatahkan, mengeluarkan cecair iodin untuk membasahi hujung kapas yang lagi satu.

Jongho cuba menyapu kapas itu, membuatkan Yeolreum meringis kesakitan namun lelaki itu tidak mengendahkannya dan terus merawat luka itu.

Lelaki itu tahu selama ini dia mencuba pelbagai cara untuk menyakiti semua orang di sekelilingnya untuk menunjukkan kesakitan yang dia sendiri rasa lagi - lagi pada Yeolreum. Tetapi dia tidak sanggup melihat gadis itu mencederakan dirinya sendiri tanpa di bawah kesedarannya.

Sekurang - kurangnya, biarlah dia menyakiti gadis itu dengan cara yang lain. Seandainya diketepikan tentang rasa sukanya pada gadis itu, Yeolreum tetaplah sahabatnya dan dia sebagai seorang lelaki, perlulah melindungi gadis itu.

Luka itu ditutup dengan sehelai kapas dan dilekatkan dengan tape. Putik kapas yang sudah digunakan itu, dibuang ke dalam tong sampah manakala barang - barang yang lain disimpan semula ke dalam peti.

Dia bangkit dari melutut dan kembali menyimpan peti kecemasan itu ke tempat asal. Matanya jatuh memandang lantai, dia kini membelakangi Yeolreum.

" Lepas ni, jangan jadi berani sangat nak serang orang bila masa awak bersendirian. Balik ni, terus pergi dekat Hwa hyung, silap - silap Haeun tu masih simpan dendam dengan awak. " Pesan Jongho. Tidak berani untuk dia kalih memandang wajah gadis itu.

𒆜 𓊈박성화𓊉 𐪟 BOYFRIEND MATERIAL ⩩Where stories live. Discover now