[ current status ; complete! ]
Park Seonghwa ft. Han Yeolreum.
Dia mahu gadis itu bahagia dan dia mahu orang yang membuat gadis itu bahagia adalah dirinya sendiri.
⚠️ mengandungi typo dan bahasa
yang macam minta penampar online.
― ' no copycat zone...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
══❍ ❀ ❍══
Assalammualaikum dan hai! ❤ memandangkan esok kebanyakan pelajar ada yang balik asrama, Yayan update khas untuk korang semua ❤😝
Terima kasih sayang - sayang semua untuk 10K reads! 💓
Seperti biasa, boleh Yayan dapatkan komen - komen korang? Terima kasih! 😆❤
8 comments? 🙈
Selamat membaca! 💕
══❍ ❀ ❍══
Pintu bilik Seonghwa ditutup semula sebaik dia melangkah masuk. Kelibat lelaki itu masih belum kelihatan. Agaknya dia masih belum selesai dengan mandiannya.
Dia sendiri pun sebenarnya baru sahaja selesai mandi kerana terbangun lewat tadi dan terus turun bersarapan.
Langkah diaturkan mendekati katil lelaki itu yang sudah dikemaskan lalu melabuhkan punggungnya ke hujung katil sementara menunggu hyungnya selesai. Skrin telefon yang menyala sejak tadi kembali dipandangnya.
Tidak lama dia menunggu, bunyi pancuran air mengalir sebentar tadi berhenti serta - merta. Dua minit kemudian, pintu bilik air terbuka. Susuk tubuh Seonghwa yang hanya bertuala itu dipandangnya tanpa sebarang ekspresi.
" Mana baju hyung? " Soal Seonghwa. Tuala yang menutupi rambutnya digunakan untuk mengeringkan rambut yang masih basah.
Dua penyangkut baju disangkutkan pakaian dihulurkan kepada lelaki itu bersama dengan sehelai seluar jeans fit berwarna hitam. Penyangkut - penyangkut itu kini bertukar tangan.
Tumpuan San berbalik kepada telefonnya, membiarkan Seonghwa mengambil masanya sendiri untuk memakai baju yang telah dipilihnya.
Adik - beradik itu langsung tidak bersuara dan masing - masing membuat hal mereka sehinggalah Seonghwa bersuara.
" Sanie... Sanie rasa, Reum anggap hyung ni sebagai siapa dalam hidup dia? " Soalan yang ditanya lelaki itu, benar - benar menarik perhatian San.
Pandangannya segera ditolehkan ke belakang, memandang abangnya yang sedang menyarungkan crew-neck t-shirt berwarna hitam ke tubuhnya.
Telefon bimbit di tangan, dilemparkan ke atas katil lalu dia bangun menghampiri Seonghwa. Hujung kemeja T itu dituck-inkan ke dalam seluar jeans hitam yang dipakai lelaki itu.
" Molla. Sanie pun tak tahu... Tapi, rasanya hyung istimewa di mata dia. " Jawabnya sambil mengeluh.
Kain baju itu ditepuk - tepuknya, menghilangkan kedutan - kedutan kecil yang ada pada baju itu.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.