❀ 제 05 장 ❀

823 129 52
                                        

⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌Rumah Seonghwa⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌
Rumah Seonghwa
⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌

Dazzling Light┃ATEEZ.

══❍ ❀ ❍══

Assalammualaikum dan hai! ❤ Hope korang semua berada dalam keadaan yang sihat dan sentiasa dilindungi tuhan.

Harini Yayan rasa nak update bila idea banyak yang datang. Here double update! 😂 harap - harap korang sukalah dengan chapter kalini. ❤

Enjoy Your Reading!

══❍ ❀ ❍══

" Tumpang tidur dekat rumah awak? " Soalan Seonghwa tadi diulangnya semula untuk mendapatkan kepastian bahawa dia tidak tersalah dengar.

Seonghwa terdiam melihat reaksi Yeolreum yang bagaikan tidak percaya dengan cadangannya mahu menumpangkan gadis itu untuk tidur di rumahnya. Sudah pasti gadis itu tidak selesa.

Yeolreum yang sedar akan tingkah laku Seonghwa, segera menidakkan pemikiran lelaki itu. Bukan itu sebenarnya yang dia maksudkan.

Seonghwa sudah banyak membantunya, tidak mungkinlah dia mahu menyusahkan lagi lelaki itu dengan menumpang tidur di rumah lelaki yang baru dia kenali itu.

Lelaki yang baru beberapa hari dikenalinya itu telah menyelamatkannya di taman rekreasi tempoh hari dan membawanya ke hospital. Bukan itu sahaja, di hospital juga dia menemani gadis itu selama beberapa hari di sana.

Dia juga amat berterima kasih dan terlalu berhutang budi dengan Seonghwa kerana lelaki itu telah menanggung kesemua kos perubatannya. Dan hari ini pula, lelaki itu menawarkan diri untuk menghantarnya pulang. Dan manakan dia mahu menyusahkan lelaki itu lagi dengan menumpang tidur di rumah lelaki itu sehinggalah ibunya pulang.

Rasa serba salah mulai menerbit di sudut hatinya. Dia benar-benar tidak bermaksud untuk menolak perbuatan baik Seonghwa namun dia cuma tidak mahu menambah beban lelaki itu.

" Kalau awak tak mahu, tak apalah. " Seonghwa bersuara pada akhirnya. Tidak mahu membuat gadis itu menjadi serba salah dengan cadangannya yang ditolak.

Namun di dalam kata-katanya terdapat sedikit keluhan yang keluar dari bibirnya, menunjukkan yang dia agak kecewa apabila tawarannya ditolak.

" Seonghwa-ssi. Bukan itu yang saya maksudkan. Saya cuma dah banyak susahkan awak sedangkan kita baru je kenal. " Ditepisnya fikiran buruk Seonghwa dengan kata-katanya.

Seonghwa mengeluh berat. " Selagi saya tawarkan pertolongan pada awak, itu bermakna yang ianya langsung tak pernah susahkan saya. Saya ikhlas tolong awak. Jadi, jangan fikir macam tu lagi. " Tuturnya dengan lembut. Kata-katanya ditekan sedikit agar Yeolreum tahu keikhlasan hatinya membantu gadis itu.

𒆜 𓊈박성화𓊉 𐪟 BOYFRIEND MATERIAL ⩩Where stories live. Discover now