[ current status ; complete! ]
Park Seonghwa ft. Han Yeolreum.
Dia mahu gadis itu bahagia dan dia mahu orang yang membuat gadis itu bahagia adalah dirinya sendiri.
⚠️ mengandungi typo dan bahasa
yang macam minta penampar online.
― ' no copycat zone...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌ I'll Always Be There ⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌ Carry On┃Victon Seungsik Sunrise┃ATEEZ Love Poem┃IU
Assalammualaikum dan hai! 🦭 Welcome back. Lama betul ambil masa untuk siapkan chapter ni. Sebenarnya memang dah siap tapi tengah edit part - part yang agak cringe dan cliche 😌
PENPIK KAU TAK PERNAH TAK CLICHÈ YAYAN! 🤣
‼️⚠️⚠️⚠️⚠️⚠️‼️ CHAPTER INI MENGANDUNGI KE'CLICHE'AN DAN KE'CRINGE'AN YANG BERPANJANGAN ‼️⚠️⚠️⚠️⚠️⚠️‼️
By the way, tolong dengar suggestion lagu dekat atas sila. Kalau korang tak tahu maksud lirik, silalah search dekat Youtube tau 🥺 jangan lupa dengar lagu dekat media tu. Thank you yang dengar 😙
Dah jangan tanya, Yayan memang Alice pun lol 🦭
Selamat membaca! 🐧
══❍ ❀ ❍══
❝ han yeolreum ❞
Bebola mata di sebalik kelopak bergerak - gerak di saat Yeolreum tersedar dari lenanya. Dia mencelikkan matanya sedikit demi sedikit. Cuba membiasakan kornea mata untuk menerima cahaya yang masuk.
Namun apa yang dia dapat lihat hanyalah kegelapan. Kegelapan yang menggambarkan kehidupan si gadis pada ketika itu.
Agak lama dia merenung ke arah siling dalam keadaan gelap, menunggu sehingga dia sedar sepenuhnya dari lena. Kesedaran itu tidak semena - mena menimpa dirinya bagai dihempap sebuah batu yang sangat besar.
Semua kejadian yang dia harapkan akan lenyap sebaik sahaja dia bangun dari tidur, kembali menerjah ingatannya. Menghantui dirinya sebaik sahaja dia bangun dari tidur.
Helaan nafas berat bergema di dalam ruang yang sunyi dan gelap itu.
Kedua - dua belah tangan menongkat tilam, membantu tubuh yang lemah itu bangkit dari baringan. Yeolreum tidur dalam keadaan baring di atas perutnya tanpa mengubah posisi sejak kelmarin.
Kelmarin? Dia masih tidak tahu sudah berapa lama sejak dia melelapkan matanya. Dia juga tidak tahu pada ketika itu sudah pukul berapa.
Yang dia tahu adalah langit di luar sana sudahpun gelap.
Kedua - dua belah kaki yang tidak lagi lemah itu dijejakkan ke lantai dengan beralaskan stokin sekolahnya. Yeolreum bangkit dari katilnya.