❀ 제 16 장 ❀

718 83 20
                                        

⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌The Emptiness⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌Lonely┃BOL4

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌
The Emptiness
⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌
Lonely┃BOL4

══❍ ❀ ❍══

Assalammualaikum dan hai? Hope korang berada dalam keadaan yang sihat dan sentiasa dilindungi tuhan. 🌸

Maaflah lately jarang update sebab sibuk fokus dekat fanfic yang lain dan sibuk fokus dengan life sendiri 😭

I know its late but... Happy 4K reads!!!!!

Selamat membaca! 💕

══❍ ❀ ❍══

❝ han yeolreum ❞

Langkah kakiku laju sahaja mendaki tangga menuju ke bilikku setelah waktu makan malam tamat. Sesudah sahaja menutup pintu bilik, aku menghempaskan tubuhku ke atas katil. Sehari sudah pun berlalu sejak aku dihantar pulang oleh Seonghwa dan rakan-rakannya.

Dan mujurlah kami secara rahsia bertukar kenalan tanpa pengetahuan Seonghwa. Jujur aku katakan, aku sendiri tidak tahu mengapa mereka sentiasa mengecualikan Seonghwa setiap kali berurusan denganku.

Tapi itu bukanlah apa yang aku risaukan. Yang lebih merisaukan aku ialah perasaan aku pada Mingi yang masih bersisa walaupun perasaan itu sudahpun bertukar menjadi benci.

Dan perkara itu membuatkan aku berasa kosong bila tidak dapat melihat wajahnya. Pelbagai soalan bermain di fikiranku. Adakah dia sudah melupakan aku sepenuhnya? Bagaimanakah keadaan dirinya kini? Baikkah layanan Haeun terhadapnya?

Semua persoalan itu sentiasa berlegar-legar di fikiranku. Manakan tidak aku risau akan dirinya. Mingi ialah seorang lelaki yang sudah kehilangan ibu bapanya sejak lima tahun lepas dan dibesarkan oleh saudara ibunya namun mereka tidak begitu mengambil kisah tentangnya. Sehinggakan pada akhirnya, hanya aku dan eomma sahaja keluarga yang dia ada. Namun aku bimbang seandainya dia ditinggalkan sebegitu saja selepas ini. Tahu-tahu sahajalah bagaimana perangai Haeun yang tidak pernah setia pada seorang lelaki.

Posisi baring aku tukar kepada posisi duduk. Mataku ligat memandang ke arah setiap sudut bilikku. Dan seketika kemudian, kakiku dijejakkan ke lantai lalu aku melabuhkan punggungku ke atas lantai bersebelahan katilku. Tanganku mencapai sesuatu di bawah katil.

Setelah dapat merasakan kewujudan sesuatu yang dicari, aku perlahan-lahan menariknya keluar dari situ. Sebuah kotak bersaiz sederhana yang aku sendiri simpan di bawah katil kini berada di hadapanku.

Penutup kotak aku buka lalu letakkan ke tepi. Mataku terpaku memandang isi-isi di dalam kotak itu. Nafasku ditarik panjang, cuba menahan diri dari sebak.

𒆜 𓊈박성화𓊉 𐪟 BOYFRIEND MATERIAL ⩩Where stories live. Discover now