❀ 제 50 장 ❀

216 47 22
                                    

⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌Dèjá Vu⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌
Dèjá Vu
⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌

Inilah double updatenya 👀

Untuk korang yang dah lama menunggu ketibaan chapter ni, silalah nikmatinya 😭❤

Selamat membaca! 💘

══❍ ❀ ❍══

Hari yang ditunggu - tunggu oleh kesemua pelajar sekolah tinggi Blue Crescent kini semakin menghampiri. Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi pasukan bola keranjang sekolah itu akan mewakili sekolah mereka dalam menyertai perlawanan persahabatan dengan sekolah tinggi dari daerah yang lain.

Semasa jadual harian Jongho menjadi semakin sibuk, pada masa yang sama Yeolreum juga sibuk memulakan persediaannya menjelang peperiksaan besar yang akan berlangsung dua bulan lagi.

Sedar atau tidak sedar, status pelajar gred 12 mereka semakin singkat dipegang mereka. Tidak lama sahaja lagi mereka akan graduasi dari sekolah tinggi. Dan membuka langkah mereka dengan lebih luas lagi dalam memilih arah tuju mereka sama ada ingin terus bekerja ataupun mendalami lagi pengalaman menimba ilmu dan pengetahuan.

Jadual padat yang perlu digalas Jongho dan Yeolreum merenggangkan lagi hubungan mereka. Mereka juga kini jarang bersua muka di sekolah kerana kesibukan tugas. Dalam erti kata lain, hubungan mereka bagaikan sudah menemui jalan mati.

══❍ ❀ ❍══

Seorang demi seorang memasuki ruangan dapur semasa Seonghwa dan Wooyoung menghidangkan sarapan pagi yang dimasak mereka berdua. Masing - masing turun dalam keadaan yang tidak terurus. Sejujurnya mereka baru sahaja bangun dan segera turun ke bawah setelah mencuci muka.

" Hyung, good morning. " Jeong Yunho memeluk pinggang Seonghwa belakang sambil melentokkan kepalanya di bahu lelaki yang rendah darinya itu.

" Eo, good morning. " Seonghwa membalas ucapan selamat itu. Dia meneruskan kerjanya yang sedang menghidangkan makanan. Yunho hanya mengikut sahaja jejak langkahnya walaupun dalam keadaan separuh sedar.

Sebaik sampai di kerusinya, Seonghwa meleraikan tangan yang memeluk pinggangnya dan memaksa lelaki itu duduk di kerusinya. Seonghwa mengambil tempatnya setelah semuanya tersedia.

" Semalam pukul berapa yang korang tidur ni? " Soalnya sambil memandang satu persatu wajah Yunho, San, Wooyoung dan Yeosang.

Jarang untuk melihat Yeosang bangun selewat ini. Walhal setiap hari dialah yang membantu Seonghwa untuk menyiapkan sarapan. Tetapi harini Wooyoung yang membantunya walaupun dia turut tidur lewat semalam.

" Molla. Pukul 4 atau 5 kot. " Jawab San. Matanya ditonyoh - tonyoh, menghilangkan rasa kantuk.

Jarang melihatnya bersarapan dalam keadaan serabut sebegini kerana selalunya dialah antara yang paling awal bangun dan mandi dari mereka.

𒆜 𓊈박성화𓊉 𐪟 BOYFRIEND MATERIAL ⩩Where stories live. Discover now