[ current status ; complete! ]
Park Seonghwa ft. Han Yeolreum.
Dia mahu gadis itu bahagia dan dia mahu orang yang membuat gadis itu bahagia adalah dirinya sendiri.
⚠️ mengandungi typo dan bahasa
yang macam minta penampar online.
― ' no copycat zone...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
══❍ ❀ ❍══
Assalammualaikum dan hai! ❤
Happy road to 9K! 😆 terharu gila weyh! 😭❤
Untuk chapter ni, 8 comment boleh?
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Happy Kang Yeosang Day! 🎉💕 Sorry cause Hehetmon will no appear in this chapter 😭💔
══❍ ❀ ❍══
" Saem, kerja ni nak dihantar bila? " Salah seorang rakan sekelas Yeolreum mengangkat tangan.
" Untuk seminggu ni, saya akan benarkan kamu siapkan bahagian pertama dulu memandangkan maklumat perlu dicari melalui Internet. Dan saya akan semak selepas seminggu untuk tengok perkembangan kamu. Sekarang ni, isi dahulu bahagian depan laporan kamu. " Terang guru itu.
Kesemua pelajar kelas itu termasuklah Yeolreum mula mengeluarkan peralatan menulis masing - masing untuk mengisi bahagian hadapan laporan mereka seperti yang diminta.
Sekarang sudah masuk penggal kedua, semestinyalah kerja khusus dan laporan banyak perlu dibuat oleh mereka sebagai salah satu kerja yang akan diambil kira markah tambahan dan membantu gred terakhir mereka untuk meningkat dan mengelokkan rekod mereka nanti.
Yeolreum tersentak apabila menerima getaran pesanan mesej yang masuk daripada telefon bimbitnya yang disetkan dalam mood getaran. Pen yang baru sahaja dibuka penutupnya, diletakkan ke atas meja semula.
Telefon dicapainya lalu menghidupkan telefon untuk melihat notifikasi pada skrin kunci itu. Dia mendapat pesanan dari Jongho. Ruang perbualan persendirian dibukanya untuk membaca mesej yang dihantar banyak oleh lelaki itu.
SagwaHo 🍎
; Reum. Harini saya keluar lambat sedikit.
; sebab tadi Jaewon ssaem hukum keluar lewat 30 minit 😭