[ current status ; complete! ]
Park Seonghwa ft. Han Yeolreum.
Dia mahu gadis itu bahagia dan dia mahu orang yang membuat gadis itu bahagia adalah dirinya sendiri.
⚠️ mengandungi typo dan bahasa
yang macam minta penampar online.
― ' no copycat zone...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌ Datang Bulan ⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌ Promise┃ATEEZ
══❍ ❀ ❍══
Assalammualaikum dan hai! ❤ hope korang berada dalam keadaan yang sihat dan sentiasa dilindungi tuhan ⛅
Ini double update yang Yayan buat untuk korang semua memandangkan Yayan jarang update ✨
🌸 Enjoy Your Reading 🌸
══❍ ❀ ❍══
Waktu makan malam mereka berakhir tepat pada pukul 8 malam. Yunho dan Hongjoong kini sedang menjalankan tugas mereka pada malam ini.
Hari ini merupakan hari untuk mereka berdua mengemas dapur selepas waktu makan malam memandangkan semalam ialah giliran Yeosang dan Jongho.
Yunho sedang mencuci pinggan mangkuk pada ketika itu. Selepas ini dia perlu mengelap pinggan mangkuk itu sehingga kering sebelum menyusun di dalam rak pinggan mangkuk.
Hongjoong pula sedang mengemas meja makan mereka. Memastikan kerusi ditolak masuk ke dalam meja dan juga memastikan meja berada dalam keadaan yang bersih.
Manakala enam orang lagi sudah mengambil tempat di ruang tamu. Mereka bercadang mahu melayan movie sebelum tidur.
Yeolreum mengambil tempat di sebelah Wooyoung di atas sofa panjang dan Jongho pula mengambil tempat di sebelah kanan Wooyoung.
Sebaik sahaja Yunho dan Hongjoong mengambil tempat di ruang tamu itu setelah selesai menjalankan tugasan mereka, movie dipasang oleh San.
Walaupun televisyen sedang menayangkan movie kegemarannya, Yeolreum tidak dapat menumpukan perhatiannya pada tayangan itu.
Dia sendiri tidak tahu apa yang tidak kena. Sejak dia sedang membantu Seonghwa menyediakan makan malam lagi, dia berasa tidak selesa.
Pinggangnya berasa sangat sakit dan kebas sehinggakan dia tidak dapat duduk dengan selesa. Belakang badannya disandarkan ke sofa, cuba menahan rasa sakit.
Wooyoung di sebelahnya dikerlingnya. Mujurlah dia tidak perasan akan wajah Yeolreum yang mulai berkerut. Terima kasih kepada kekusyukannya melayan movie yang dimainkan.
Di bahagian bawah perutnya kini bagaikan sedang dicucuk-cucuk dengan benda tajam sehingga membuatkan dia berasa sakit dan tidak selesa.
Apa yang dia fikirkan pada ketika itu ialah dia mahu segera masuk ke bilik dan baring di atas katil. Kemudiannya dia ingin masuk tidur dengan harapan sakit itu akan segera pergi setelah dia bangun dari tidur pada keesokan harinya.
Perlahan-lahan dia bangun dari sofa dan berjalan ke arah tangga dalam keadaan menahan sakit yang mencucuk-cucuk. Bilik tidur Seonghwa ditujunya dengan bersusah payah.