[ current status ; complete! ]
Park Seonghwa ft. Han Yeolreum.
Dia mahu gadis itu bahagia dan dia mahu orang yang membuat gadis itu bahagia adalah dirinya sendiri.
⚠️ mengandungi typo dan bahasa
yang macam minta penampar online.
― ' no copycat zone...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌ Kawan Baharu ⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌⚌
Smile On My Face┃EXO.
══❍ ❀ ❍══
Assalammualaikum dan hai, semua! ❤ hope korang semua berada dalam keadaan yang sihat dan sentiasa dilindungi tuhan. ✨
Kalau korang sudi, ajaklah mana - mana rakan korang juga atiny tu untuk baca fanfic ni. Ini bukan paksaan, ianya sekadar cadangan ❤
Thank you semua yang sudi baca fanfic ni! ✨
Enjoy Your Reading!
══❍ ❀ ❍══
Usai makan malam, Yeolreum memaklumkan pada Hongjoong yang dia mahu keluar untuk mengambil angin di gazebo yang terbina di satu sudut pada halaman rumah milik mereka itu.
Selipar yang dibeli Seonghwa tempoh hari di hospital, disarungkan ke kedua-dua belah kakinya sebelum dia menapak ke arah gazebo itu.
Angin malam yang dingin menampar-nampar kulit wajahnya. Sejuk. Mujurlah dia sedang memakai pakaian milik Seonghwa. Sehelai hoodie dan sepasang track suit.
Kebetulan pada waktu itu, Jongho berada di situ, sedang bersandar pada tiang gazebo sambil membaca buku.
Yeolreum melabuhkan punggungnya di hadapan Jongho yang sedang meluruskan kakinya. " Hai, Jongho. " Sapa gadis itu.
Serta-merta Jongho menyilangkan kedua-dua kakinya apabila ditegur Yeolreum. " Oh! Yeolreum-ah. " Sahut Jongho.
Buku yang dibacanya tadi ditutup dan diletakkan ke sisinya. Wajah Yeolreum dipandang sebentar sebelum dia beralih memandang langit yang hitam pekat.
" Saya mengganggu awak membaca ke? " Teragak-agak Yeolreum bertanya. Mungkin dia datang pada waktu yang salah.
" Tak adalah. Awak langsung tak mengganggu saya pun. Saya baca pun sebab bosan tak tahu nak buat apa. " Jawab lelaki itu sambil menggeleng. Jari jemari dimainkan bagi menghilangkan nervousnya.
" Seonghwa cakap yang awak semua ni menyewa dekat sini. Maknanya, awak pun menyewa jugaklah? " Yeolreum bertanya sebagai permulaan bagi perbualan mereka.
" Hyung yang lain memang menyewa tapi saya tak. Hwa hyung tanggung saya sepenuhnya memandangkan saya masih bersekolah. Pembetulan, semua hyung dalam rumah ni tanggung saya. " Jongho tersenyum. Agak janggal buatnya kerana dia tidak pernah duduk berdua-duaan dengan seorang perempuan lagi-lagi yang sebaya dengannya.